suria

Gelagat lucu ibu Ikhlas Jalil jadi perhatian gara-gara video 'pisau last kat mana?' - “Mama memang betul-betul hilang pisau kat situ”

Ikhlas Jalil tidak pernah sangka video bersama ibu dapat perhatian.

GARA-GARA video pendek 'pisau last kat mana?' yang menampilkan ibunya di laman sosial menjadi tular, nama pelakon Ikhlas Jalil tiba-tiba jadi perhatian netizen.

Ikhlas atau nama sebenarnya Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata, video yang dibuat secara suka-suka itu mencuit perhatian netizen sehingga mencecah satu juta tontonan di laman sosial sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Larangan balik kampung... PM cadang dengar lagu ‘Jange Kelik Laa Weii’, netizen mula cari di YouTube!

"Ia merupakan satu kejayaan untuk saya. Sebelum ini pun saya banyak buat video tapi tak pernah ada yang cecah satu juta tontonan, perkongsian dan sebagainya," ujar Ikhlas kepada mStar.

Video tersebut tular di beberapa laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking ini berkata, idea video berkenaan tercetus inspirasi daripada situasi kejadian sebenar antara dia dan ibunya.

"Idea itu datang dari situasi sebenar. Nak dijadikan cerita, pagi itu mama memang betul-betul hilang pisau itu di tempat yang sama seperti yang dalam video.

"Memang mama sedang potong-potong daun pandan lepas tu tertinggal pisau di kebun. Mama minta saya tolong carikan tapi saya tak jumpa. Tapi bila mama panggil balik, saya nampak pisau tu di tiang masa nak masuk rumah. Jadi dari situ la timbul idea untuk buat video," kongsinya.

Selain mudah untuk diarah, Ikhlas turut berkongsi keterujaan ibunya selepas mengetahui tentang penularan video itu.

Sementara itu, Ikhlas berkata, ibunya teruja apabila mengetahui video berkenaan menjadi tular dan dikongsi di laman Facebook.

Tambahnya, ibunya juga semakin bersemangat untuk terus berlakon dalam drama-drama pendek sebagai pengisian di untuk laman sosialnya.

"Alhamduillah, mudah untuk saya beri arahan pada mama untuk melakonkan babak tertentu dalam video-video saya.

"Mama memang teruja bila video itu tular kerana video-video sebelum ini memang tak pernah cecah berjuta tontonan dan ini juga merupakan berita yang baik untuk saya," jelasnya.

Mama memang teruja bila video itu tular

IKHLAS JALIL

PELAKON

Bercerita tentang kerjaya lakonan, Ikhlas berkata, dia selesai menjalani penggambaran beberapa drama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Ada sebuah drama lakonan saya yang akan ditayangkan selepas raya dan juga sebuah lagi telemovie akan ditayangkan pada Ogos.

"Alhamdulillah tiada penggambaran drama yang tertangguh, semuanya selesai betul-betul sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula," katanya.

Ikhlas Jalil pernah membintangi beberapa drama termasuk Cinta Si Wedding Planner, Sayangku Kapten Mukhriz dan Sebenarnya Saya Isteri Dia!.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ikhlas Jalil

Artikel Lain