Fasha Sandha bangga dibesarkan oleh ibu tunggal - “Kami bahagia tanpa kasih sayang dan kiriman nafkah daripada bapa”

Fasha Sandha bangga dengan ibunya kerana berjaya membesarkan dia dan adik-adik

PELAKON Fasha Sandha meluahkan rasa bangga terhadap ibunya Hatijah Teh Man yang mampu membesarkan dia dan adik-adiknya dalam keselesaan walaupun tanpa kasih sayang dan nafkah daripada seorang bapa.

Fasha, 36, berkata, penat lelah yang dilalui ibunya sebagai seorang ibu tunggal dalam memikul tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dahlah mahal, kepam... tak berkualiti!” - Fasha Sandha kecewa bantal dibeli secara online indah khabar dari rupa

"Ibu saya adalah ibu yang membesarkan kami adik-beradik diatas penat lelah bekerja siang dan malam. Saya sangat bangga dengannya.

"Walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah untuk kami tinggal.

Kami bahagia, walau tanpa kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa

FASHA SANDHA

PELAKON

"Kehidupan kami tidak senang, ke sana ke mari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah kami bahagia, walau tanpa kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga dewasa," ujarnya.

Fasha berkongsi kenangan itu menerusi Instagram sebagai perhargaan buat ibunya sempena Hari Ibu pada Ahad.

Berkongsi lanjut perkara itu, Fasha berkata, ibunya akan menghantar mereka adik-beradik ke sekolah dengan menaiki basikal setiap hari sebelum pergi bekerja.

Tambahnya, perkara yang dilaluinya itu menjadi kenangan manis yang membuatkan dia bersyukur dengan kehidupan yang dinikmati hari ini.



Fasha pesan pada diri agar bersederhana dan selalu bersedekah.

"Apabila terkenangkan mama, akan terkenangkan mama kayuh basikal, bawa kami ke sekolah, mama bergegas pergi balik kerja dan masak pagi-pagi sebelum keluar, kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum.

"Hari Sabtu jalan-jalan dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap," jelas Fasha melalui entri di laman Instagram.

Dalam pada itu, Fasha berkata, dia juga sentiasa mengingatkan diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah.

"Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, hari-hari selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah.

"Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah. Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan, keselesaan dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada Rayfal Raysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah.

"Selamat Hari Ibu buat mamaku, semoga mama diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga bahagia dunia akhirat," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fasha Sandha

Artikel Berkaitan

Artikel Lain