suria

“Dahlah mahal, kepam... tak berkualiti!” - Fasha Sandha kecewa bantal dibeli secara online indah khabar dari rupa

Fasha kecewa bantal diterima tak sama seperti yang ditunjukkan dalam katalog.

PELAKON Fasha Sandha kecewa apabila barangan yang dipesan melalui satu portal membeli-belah dalam talian tidak sama seperti yang diharapkan.

Menurut Fasha, bantal khas untuk ibu mengandung yang dibeli tidak berkualiti dan indah khabar dari rupa.

"Realiti dan jangkaan... memandangkan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantal ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta doakan yang baik-baik” - Teka-teka akhirnya terjawab, Fasha Sandha sah kini hamil

"Hari ini baru terima maternity pillow yang dibeli mahal sungguh, sungguhlah kepam... teruk, bad quality.

"Aduh! Tak baik tau aniaya orang kan? Tak apalah kita maafkan, walaupun kita baru lepas menangis kesedihan, dah la menunggu tiga minggu baru sampai," katanya.

Fasha kecewa bantal yang dibeli berbeza daripada katalog gambar portal berkenaan.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berkongsi rasa terkilannya itu menerusi Instagram pada Sabtu lalu.

Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat termasuklah rakan artis antaranya Faradhiya.

"Kebanyakan mereka yang jual online ni memang standard macam ni je. Saya jenis tak beli barang online tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni terjebak beli dua tiga kali.

"Semua yang sampai tak seperti digambarkan... jadi tiada lagi beli online, banyak sangat penipu, sedih dengan manusia-manusia macam ni, tak berkat berniaga," komen Faradhiya.

Fasha Sandha

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak