suria

“Minta doakan yang baik-baik” - Teka-teka akhirnya terjawab, Fasha Sandha sah kini hamil

Fasha Sandha kini berbadan dua.

TEKA-TEKA mengenai Fasha Sandha yang didakwa berbadan dua akhirnya terjawab apabila aktres itu mengesahkan dirinya kini sedang hamil.

Menurut laporan Harian Metro, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, bagaimanapun enggan berkongsi usia kandungannya itu kerana fobia dengan pengalamannya mengalami keguguran sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha buat kejutan hamil, Aidil menangis kegembiraan

ARTIKEL BERKAITAN: Keguguran buat Fasha Sandha fobia – “Saya kongsi berita gembira mungkin selepas bersalin”

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya.

"Minta peminat doakan yang baik-baik. Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini.

Fasha meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

"Saya masih fobia atas pengalaman lalu," ujarnya.

Selain itu, pelakon drama Lara Aishah ini berkata, dia kini sedang berehat dari terlibat dalam penggambaran drama dah hanya fokus untuk mempromosi dan tanggungjawabnya sebagai duta.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta.

“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya.

Fasha Sandha pada Mei tahun lalu ada berkongsi mengenai berita kehamilannya bagaimanapun dia ditakdirkan mengalami keguguran pada Jun lalu.

Saya masih fobia atas pengalaman lalu.

FASHA SANDHA

PELAKON

Perkongsian foto Fasha di laman sosial pada September lalu memberi bayangan dia sedang hamil lagi apabila bahagian perutnya mula menampakkan 'baby bump'.

Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac tahun lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain