"Baik buruk isteri dia tetap pernah jadi yang teristimewa" - Sharnaaz kesal kenyataan Noor Nabila buka aib - Hiburan | mStar

"Baik buruk isteri dia tetap pernah jadi yang teristimewa" - Sharnaaz kesal kenyataan Noor Nabila buka aib

Sharnaaz kesal dengan tindakan isterinya, Noor Nabila.

PELAKON Sharnaaz Ahmad kesal dengan tindakan isterinya iaitu Noor Nabila yang memberikan kenyataan berhubung rumah tangga mereka kepada pihak media pada Jumaat lalu.

Menyifatkan ia sebagai suatu penghinaan, Sharnaaz berkata, Nabila tidak sepatutnya membuka pekung di dada dengan berkongsi kisah peribadi melibatkan mereka kecuali jika dia ada melakukan keganasan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak fitnah cakap saya larang Sharnaaz jumpa anak” - Noor Nabila mahu Jebat dapat kasih sayang bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz tiada usaha selamatkan perkahwinan setahun tinggal berasingan, Noor Nabila sudah tawar hati!

"Kalau isteriku (masih lagilah) ingin berbicara mengenai suaminya, itu dah tak betul dan kurang manis... kecuali lelaki berlaku kasar, curang atau dayus.

Antara posting yang dimuat naik Sharnaaz di Insta story miliknya.

"Tidak akan aku menghinanya di mana-mana ruang media, sebab apa?

"Satu sebab, Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad," ujarnya.

Menurut pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu, dia boleh bertindak sama seperti dilakukan isterinya itu namun lebih memilih untuk mendiamkan diri demi anak lelakinya itu.

"Kenapa aku memilih untuk diam dalam isu rumah tangga kerana Jebat, hanya Jebat.

"Kebenaran tidak seperti yang didambakan. Biar Allah dan orang terdekat saja yang tahu. Tak perlu menjadi sorakan orang luar.

Baik buruk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa, jadi biarkan saja begitu.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

"Baik buruk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa, jadi biarkan saja begitu," katanya lagi.

Khamis lalu, Noor Nabila meluahkan rasa kecewa di atas keengganan Sharnaaz melepaskannya sehingga dia terpaksa melalui prosiding perceraian yang merumitkan.

Malah, usahawan yang juga kakak kepada pengacara Neelofa itu memberitahu, dia sudah tawar kerana tiada usaha yang dilakukan Sharnaaz untuk memulihkan rumah tangga mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sharnaaz Ahmad , Noor Nabila

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan