suria

“Dia beranikan diri tulis nombor atas kertas” - Elly Mazlein kongsi kisah perkenalan dengan Cikgu Azlan

Elly Mazlein dedah detik perkenalan dengan suami yang hanya bermula daripada sekeping kertas.

PELAKON Elly Mazlein yang baru sahaja disatukan dengan pasangan pilihannya, Mohamad Azlan pada malam Ahad mendedahkan perkenalan mereka berlaku secara tidak sengaja di sebuah majlis sahabat mereka.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata, suaminya itu memberanikan diri memberikan nombor telefon yang ditulis di sekeping kertas.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein kini milik Cikgu Azlan, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak! Elly Mazlein akhirnya dedah wajah bakal suami pada malam berinai

"Kami mula berkenalan dalam satu majlis akikah rakan cikgu. Kebetulan suaminya seorang cikgu jadi ramai la tetamu daripada kalangan cikgu.

"Kemudian Azlan ternampak saya dan memberanikan diri memberi nombor telefonnya yang ditulis di sekeping kertas atas dasar meminati saya sebagai seorang pelakon.

Elly dan Azlan disatukan dalam majlis gilang gemilang. Foto: Muhamad Shahril Rosli.

"Maklumlah cikgu mana ada business kad, tapi lama juga la nak tunggu saya contact dia semula. Alhamdulillah akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” ujarnya kepada mStar. 

Pelakon drama Kampung People itu selamat diijabkabulkan dengan Muhamad Azlan dengan sekali lafaz di sebuah majlis gilang-gemilang. 

Majlis pernikahan dan resepsi  yang mengangkat tema Malam Bulan Di Pagar Bintang itu turut dihadiri lebih 750 tetamu.

Dalam pada itu, Mohamad Azlan yang lebih mesra disapa Cikgu Azlan, 30, memberitahu dia dan isteri merancang untuk mendapatkan cahaya mata secepat mungkin.

Keluarga bahagia Azlan, Elly Mazlein dan Putri Sara Sefhia. Foto: Muhamad Shahril Rosli.

"Kami dah rancang untuk dapatkan zuriat secepat mungkin, maklumlah faktor usia yang semakin meningkat.

"Memang masing-masing dah bersedia, lagi cepat lagi bagus," tambah Azlan.

elly mazlein

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Calon SPM MRSM Lipis dikuarantin