suria

Elly Mazlein kini milik Cikgu Azlan, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

Elly kelihatan berseri-seri pada malam pernikahan yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

PASANGAN sama cantik sama padan, Elly Mazlein dan Mohamad Azlan Che Nuh , 30 selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada malam, Sabtu.

Elly atau nama sebenarnya  Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 9.09 malam.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang tangan sebagai mas kahwin berserta tujuh berbalas lima dulang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak! Elly Mazlein akhirnya dedah wajah bakal suami pada malam berinai

ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula agak susah kami nak bersama... saya rasa tak boleh” - Tangisan kegembiraan Elly Mazlein

Menariknya, pelakon drama Kampung People ini tidak meminta sebarang wang hantaran memandangkan suaminya sudah menghadiahkan sebuah kondo dan kesemua lima dulang hantaran yang diterima merupakan barang kemas beserta senaskah Al-Quran.

Majlis bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 740 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Pada majlis pernikahan dan resepsi yang bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang itu, Elly menggayakan tiga persalinan rekaan Jimmy Couture dan solekan oleh Gebriel Padan, manakala pengantin lelaki segak dengan rekaan Senitra.

Elly dan Azlan tampil dengan persalinan berbeza selepas majlis akad nikah.

Sebelum ini sepanjang tempoh pertunangan, Elly tidak pernah berkongsi wajah suaminya itu sehingga pada majlis berinai yang berlangsung pada Jumaat.

Elly dan Azlan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya itu pada 17 Disember tahun lalu.

Elly kelihatan anggun dalam busana putih yang digayakan untuk majlis pernikahan.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.

Artikel Lain