suria

Enggan bercakap dengan wanita, Da'i Wan terima cinta isteri selepas lapan tahun - “Saya buat dia tergantung sepi”

Da'i Wan Dazrin akui 'gantung tak bertali' cinta isteri selama lapan tahun.

PENDAKWAH Bebas, Wan Dazrin meluahkan rasa kagum mengenangkan ketabahan isterinya iaitu Syahirah Zamzari yang menunggu cinta dibalas selama lebih lapan tahun.

Wan Dazrin atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din juga mengakui sikap sombongnya membuatkan dia enggan berkomunikasi dengan wanita sewaktu mereka sama-sama menuntut di bangku persekolahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pasti mereka akan selalu ziarah sayang?” - Da'i Wan setuju tukar lokasi kuburnya selepas dipujuk isteri, dapat kesedaran

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Wan 'sound' Dua Lipa sebab sokong LGBT

"Saya pernah bertanya isteri, apa yang membuatkan dia sanggup menunggu saya selama lapan tahun? Ya benar lapan tahu dia menanti jawapan saya.

Da'i Wan Dazrin dedah tidak berkomunikasi dengan wanita semasa melanjutkan pengajian.

"Jarang kami dapat berkomunikasi kerana saya sombong, saya tidak bercakap dengan 'muslimat' di zaman pengajian dulu. 

“Saya terlalu sibuk dengan urusan memartabatkan diri dan ilmu agama namun dia masih sabar menunggu, saya buat dia 'tergantung sepi' macam lagu Haqiem Rusli,” ujarnya. 

Dalam pada itu, isteri Wan Dazrin turut memuat naik status berkaitan kisah cintanya dengan ustaz selebriti itu.

Syahirah berkata, dia berasa kekuatan datang dari jiwanya untuk sabar menunggu cinta ustaz berkenaan. 

Syahirah juga mengakui cintanya diabai selama lapan tahun.

"Lapan tahun saya tunggu ustaz ni, dia buat saya ibarat gantung tak bertali kerana tak beri jawapan nak terima cinta saya ataupun tidak. Dia memang sombong, bercakap pun taknak dengan saya.

"Akhirnya dia suruh saya berurusan dengan ibunya sendiri, sakit juga hati ni. Tapi saya pantang dicabar, maka saya lagi kuat berjuang.

"Akhirnya ustaz ini ada dalam genggaman saya dengan izin Allah," tulis Syahirah.

Wan Dazrin yang juga peserta program Da'i musim kedua mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 17 Mac 2018.

dai wan

Artikel Lain