“Banyak fitnah cakap saya larang Sharnaaz jumpa anak” - Noor Nabila mahu Jebat dapat kasih sayang bapa - Hiburan | mStar

“Banyak fitnah cakap saya larang Sharnaaz jumpa anak” - Noor Nabila mahu Jebat dapat kasih sayang bapa

Nabila mahu bersama-sama Sharnaaz membesarkan Jebat Jayden.

ISTERI pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila tidak pernah berhsrat menghalang ataupun menyekat suaminya bertemu anak mereka, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Malah, kata Nabila, dia juga berharap untuk terus membesarkan anak mereka bersama-sama meskipun dia dan Sharnaaz tidak lagi menjadi suami-isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz tiada usaha selamatkan perkahwinan setahun tinggal berasingan, Noor Nabila sudah tawar hati!

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila

"Saya tak pernah halang atau sekat dia untuk berjumpa dengan anak kami.

"Walaupun banyak yang memfitnah cakap saya tak bagi jumpa anak... malah saya tak pernah ada niat untuk pisahkan mereka.

Nabila berharap untuk bersama-sama Sharnaaz membesarkan anak mereka, Jebat.

"Insyallah saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila menjelaskan setiap keputusan dilakukannya adalah untuk memastikan kanak-kanak itu mendapatkan yang terbaik.

Bagaimanapun, kata Nabila dia menyedari setiap perlakuan mahupun keputusan yang dibuat berkaitan Jebat sentiasa mengambil kira dan menghormati Sharnaaz sebagai bapa kepada anaknya.

"Sebelum ini saya tak pernah nak bagi komen mengenai perkara ini sebab kalau nak explain pun takkan habis sebab benda yang terjadi bukan dalam masa satu bulan... ia dah berlarutan sehingga beberapa tahun.

Saya tak pernah halang atau sekat dia untuk berjumpa dengan anak kami.

NOOR NABILA

"Cuma sebagai emak, memang saya perlu beri lebih perhatian pada anak dari segi keperluan dan penjagaan Jebat.

"Itu memang menjadi keutamaan saya tapi ia tidak bermakna saya perlu mengetepikan Sharnaaz dalam hal itu," katanya.

Noor Nabila sebelum ini pernah memfailkan permohonan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Permohonan interim hadanah itu difailkan pada 13 September lalu adalah untuk menentukan hak lawatan Sharnaaz Ahmad, 35, terhadap anak mereka.

Noor Nabila , Sharnaaz Ahmad , Jebat Jayden

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain