Ippo Hafiz bakal timang cahaya mata pertama - “Isteri tidak alami alahan tapi saya pula yang mengidam”

Isteri Ippo dijangka bersalin anak pertama mereka pada Ogos depan.

PENYANYI dan komposer Ippo Hafiz meluahkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Fara Roslan, 32, kini sedang hamil dan dijangka akan bersalin pada Ogos depan.

Menurut Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, isterinya tidak mengalami sebarang alahan namun dia pula terkena simptom mengidam.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Raja Runut Bunyi' akhiri zaman bujang… Ippo Hafiz selamat nikahi model muzik video

"Alhamdulillah, kandungan sudah mencecah 10 minggu dan isteri saya dijangka bersalin pada Ogos depan. Insya-Allah, semoga dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Ippo mempunyai seorang anak angkat yang dijaga sejak lahir.

"Setakat ini, Alhamdulillah isteri tidak mengalami alahan tapi bab mengidam mungkin kena pada saya sebab saya yang selalu teringin nak makan," katanya kepada mStar.

Ippo turut berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Khamis dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Mereka mula menjalinkan cinta selepas Fara menjadi model muzik video lagunya berjudul Saat Bahagia yang menjadi runut bunyi drama popular Pujaan Hati Kanda.

Ippo mendirikan rumah tangga dengan pasangannya itu pada 24 Ogos lalu dalam sebuah majlis sederhana di Impian Abadi 8, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Bagi saya dan isteri, kami tidak kisah dapat baby lelaki atau perempuan, apa-apa pun janji anak kami sihat dan sempurna.

IPPO HAFIZ

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 20 Februari 2018, Ippo mendedahkan dia mempunyai seorang anak angkat bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Seadanya Aku ini memberitahu dia dan isterinya tidak kisah mengenai jantina kerana apa yang penting, bayi sulung mereka dilahirkan dalam keadaan sihat.

Ippo juga berharap dengan rezekinya dalam industri seni akan bertambah dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Ippo dan isteri tidak kisah mengenai jantina anak mereka.

"Bagi saya dan isteri, kami tidak kisah dapat baby lelaki atau perempuan, apa-apa pun janji anak kami sihat dan sempurna.

"Tahun ini saya banyak mengeluarkan lagu-lagu untuk runut bunyi yang ada saya nyanyi sendiri dan juga penyanyi lain.

"Jadi, saya harap dengan rezeki anak ini, lagu-lagu saya akan mendapat sambutan. Semoga semua peminat mendoakan kejayaan demi kejayaan untuk saya sekeluarga," ujarnya.

Ippo Hafiz

Artikel Berkaitan

Artikel Lain