Berat hati tinggalkan anak, Lufya mahu Haura belajar sayangkan agama - “Anak berjaya bukan dinilai pada pendidikannya tapi akhlak” - Hiburan | mStar

Berat hati tinggalkan anak, Lufya mahu Haura belajar sayangkan agama - “Anak berjaya bukan dinilai pada pendidikannya tapi akhlak”

Lufya memiliki cara tersendiri mendidik anaknya mencintai agama.

TINDAKAN pelakon Lufya meninggalkan anak perempuannya iaitu Laana Haura, 3, ketika berangkat ke Tanah Suci Makkah baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Menjelaskan perkara itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 35, berkata, dia meninggalkan kanak-kanak itu sebagai cara untuk mendidiknya mencintai agama lebih dari segala-galanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak perasan anak ikut dari belakang” - Suami Lufya dakwa tak dengar tangisan anak panggil ‘daddy’ berulang kali

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Lufya mohon maaf kepada anak - “Ketika itu hanya kedengaran flash kamera, fikiran pula bersedia dengan soalan wartawan”

Menurut Lufya, meskipun dia berasa berat hati namun ia adalah pengorbanan yang dibuat demi agama.

"Saat paling sedih tinggalkan anak yang masih kecil. Berat rasa nak tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana. Apa yang lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah. Baru sampai di Makkah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali.

Lufya terpaksa meninggalkan Laana Haura untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Sabtu.

"Apa yang Fya nak sampaikan ni kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi Lufya untuk beri pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih dari segalanya. 

"Melihat video yang diambil oleh adik Fya buat bertambah rindu dengan Haura. Tambah lagi di sini ramai ibu bapa dari seluruh pelusuk dunia membawa anak mereka untuk merasai pengalaman berada dalam tanah haram ini.

"Melihat gelagat mereka teringat pula kat Haura. Fya tengok tak adalah susah mana pun kalau nak bawak anak ke Makkah cuma penat sikit la. Waktu mengelilingi Kaabah saja kita kena buat sendiri sebab takut najis anak kan. Kena ada yang jaga sementara melengkapkan tujuh pusingan mengelilingi Kaabah kemudian saie dan tahlul boleh bawak anak dalam stroller," katanya.

Lufya berangkat menunaikan ibadah umrah pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Lufya berkata, ibu bapa tidak seharusnya menilai pencapaian anak-anak mereka berdasarkan kejayaan melalui pendidikan semata-mata.

Anak-anak yang berjaya ni jangan pandang hanya pada pendidikannya tapi akhlaknya.

LUFYA OMAR

PELAKON

Kata Lufya, kejayaan itu sebaliknya diukur berdasarkan tanggungjawab yang dilakukan sebagai umat Islam.

"Anak-anak yang berjaya ni jangan pandang hanya pada pendidikannya tapi akhlaknya.

"Adakah anak ini akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu bapanya ketika masih hidup atau mati? Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yang menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya?

"Itu yang lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang. Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik," tulisnya lagi.

Lufya , Tanah Suci Makkah

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain