“Tidak perasan anak ikut dari belakang” - Suami Lufya dakwa tak dengar tangisan anak panggil ‘daddy’ berulang kali - Hiburan | mStar

“Tidak perasan anak ikut dari belakang” - Suami Lufya dakwa tak dengar tangisan anak panggil ‘daddy’ berulang kali

Dr Che Muhammad Hafiz memaklumkan sudah menemui anaknya ketika di dalam bilik mahkamah.

SIKAP suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang dilihat tidak menghiraukan tangisan anak mereka, Laana Haura, 2, mengundang kecaman netizen.

Rata-rata mereka kecewa dengan perlakuan yang ditunjukkan Dr Che Muhammad Hafiz sewaktu selesai prosiding di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin.

Sehubungan itu Dr Che Muhammad Hafiz tampil menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul berhubung situasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak mahu cerai Lufya, mahkamah arah lantik pendamai

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani kerana benar... nak saman atau apa sekali pun, saya bersedia” - Lufya fail cerai, kesal suami tidak hadir ke mahkamah

“Sebelum keluar mahkamah, saya memang berjumpa dan luangkan masa dengan anak disaksikan oleh dia dan ahli keluarga dia sendiri... anak amat rapat dengan saya.

Dr Che Muhammad Hafiz disapa wakil media selepas keluar daripada bilik mahkamah.

“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya, baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak ikut saya dari belakang.

“Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tidak endah,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun menerusi video yang disiarkan mStar pada Isnin, wartawan di lokasi sempat merakam situasi di luar mahkamah yang memperlihatkan Dr Che Muhammad Hafiz hanya berjalan ditemani beberapa pengawal tanpa mengendahkan tangisan anaknya.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai tanggungjawabnya sebagai bapa, Dr Che Muhammad Hafiz meminta isterinya itu untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan di media.

“Saya ingin menasihati Lufya supaya berhenti membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya, sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.

“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan dia serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku apabila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah dia,” katanya.

Suami kepada Lufya berharap urusannya untuk bertemu anak mereka, Laana Haura sentiasa dipermudahkan.

Tegas Dr Che Muhammad Hafiz lagi, isterinya itu perlu lebih profesional dengan menyimpan segala masalah yang dihadapi antara mereka tanpa melibatkan pihak luar selain memudahkan pertemuannya dengan anak.

“Nasihat saya kepada Lufya, apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya.

“Jangan wujudkan kesulitan atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak," katanya.

Kemelut rumah tangga Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikan isterinya itu.

Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tidak endah.

DR CHE MUHAMMAD HAFIZ

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian berkenaan.

Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Lufya Omar , Che Muhammad Hafiz

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain