suria

“Saya punya budak bang... nak tag team ke?” - ‘Bukan kaleng-kaleng’ Faizal Tahir puji melambung peserta Mentor Milenia 2019

Faizal Tahir memuji gaya persembahan protege kepada Hazama iaitu Apex Tajudin.

GAYA persembahan dan nyanyian memukau yang ditunjukkan oleh protege kepada Hazama iaitu Apex Tajudin menerima pujian penyanyi Faizal Tahir.

Menerusi laman Twitter, Faizal berkongsi rakaman pendek persembahan peserta program Mentor Milenia 2019 itu dan berkata dia sanggup menjadi penasihat kepada peserta tersebut.

"Kalau power (hebat) macam ini aku pun sanggup jadi mentor," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perasaan saya remuk dan patah hati...” - Faizal Tahir batal hasrat adakan konsert, umum berundur daripada industri

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir nampak kesungguhan Takaaki Terry mahu jadi penyanyi

Perkongsian Faizal itu bukan sahaja menarik perhatian pengikut, malah mentor kepada Apex iaitu Hazama turut membalas twit tersebut.

Faizal memuji gaya persembahan protege Hazama.

"Saya punya budak bang... kenapa abang nak tag team (bekerjasama) ke? Kalau nak topup (tambah) sikit, lagi cantik. No hal! Kecil tapak tangan nyiru saya tadah kan!," kata Hazama.

Perbualan spontan kedua-dua penyanyi ini mengundang pelbagai reaksi pengikut dan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Faizal mengenai kehebatan persembahan yang ditunjukkan oleh Apex.

"Aku dengar suara dia unik dan apabila dengar macam Sudirman pun ada... tak semua penyanyi ada suara macam ini.

Persembahan bertenaga Apex menerima pujian juri Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.

"Aku masih tak boleh move on dengan persembahan Apex... musim akan datang abang Faizal cubalah jadi mentor, cari pelapis baru rockers!

"Bang tolong buat lagu untuk dia nanti! Menang kalah mentor lain. Tapi single pertama pastikan meletop," komen pengikut.

Pada konsert minggu keenam yang berlangsung Ahad lalu, Apex menyampaikan lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir.

Mentor Milenia 2019 bersiaran secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam, Ahad.

Apex Tajudin, Hazama, Faizal Tahir

Artikel Lain