Shiera, Sakinah sering jadi mangsa kecaman netizen - “Sejak sekolah kami memang menyerlah, dapat perhatian” - Hiburan | mStar

Shiera, Sakinah sering jadi mangsa kecaman netizen - “Sejak sekolah kami memang menyerlah, dapat perhatian”

Shiera akui pelajari perkara baharu di media sosial.

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahira berkata dia mempelajari banyak perkara baharu sejak aktif menggunakan laman sosial.

Menurut Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, 45, pada awalnya dia agak terkejut dengan kecaman yang ditulis netizen, namun perlahan-lahan mula terbiasa dengan suasana tersebut.

"Kadang-kadang apa kita tulis orang tak faham... kita pun saja-saja tanya sesuatu, lepas tu tak fasal-fasal kena kecam, contohnya baru-baru ini tanya fasal mengaji murah pun orang kecam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kolam renang mampu tanggung, mengaji minta free” - Shiera tepis fitnah, akui minta kurang tapi bukan percuma

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Minta Cuti Pun Tak Tahu” - Shiera

"Semasa mula-mula menggunakan media sosial ini terkejut juga baca komen, tapi lama-lama buat tak tahu sajalah! Saya pun kena biasakan diri dengan media sosial sebab benda ini baru bagi saya.

Shiera cuba membiasakan diri dengan media sosial.

"Niat kita muat naik sesuatu untuk berkongsi dengan peminat, tapi masalahnya kesalahan kecil pun orang nak kecam, kadang-kadang tak perasan pun benda tu boleh jadi isu, jadi sekarang ini saya reda sajalah!," katanya kepada mStar.

Selain Shiera, adiknya yang juga pelakon iaitu Sharifah Sakinah turut menjadi mangsa serangan keyboard warrior di laman sosial.

Mengakui mereka berdua agak lantang dalam menyuarakan pendapat, Shiera berkata dia dan Sakinah berkongsi banyak perkara yang sama dan sudah alah dengan kecaman netizen.

Karakter Shiera dan Sakinah sudah menyerlah sejak di bangku sekolah.

"Rasanya kami memang dilahirkan macam ni! Sejak sekolah kami memang menyerlah dan sampai sekarang memang sentiasa dapat perhatian, attention seeker

"Sebenarnya kami suka hiburkan orang, yang kenal kami akan tahu kita hanya bergurau dan berkongsi perkara yang kita lalui asalkan tidak melampaui batas.

"Saya pun tak sangka dah tua-tua ini ramai pula ambil peduli, saya anggap mereka sayangkan kita. Kalau mereka komen buruk begitu maknanya sayanglah kan?," ujarnya.

Sharifah Sakinah , Sharifah Shahira

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain