Begini nasib Muz Boboy, isteri meninggal ketika tidur - “Anak kejutkan dia tak bangun, saya check nadi dah tiada... badan pun sejuk” - Hiburan | mStar

Begini nasib Muz Boboy, isteri meninggal ketika tidur - “Anak kejutkan dia tak bangun, saya check nadi dah tiada... badan pun sejuk”

Muz (berdiri dua dari kiri) dan gambar kanan bersama arwah isterinya, Noor Shafinaz Mohd Ramli.

NAMA kumpulan Boboy yang popular sekitar tahun 2000 kini kembali menjadi sebutan peminat selepas vokalisnya, Naqiu menyertai program Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Namun ketika Naqiu ke depan membawa nama Boboy kembali ke persada industri muzik, sebenarnya ada kisah menyayat hati dilalui salah seorang anggota band itu.

Kehidupan pemain gitar Boboy, Muz atau nama sebenarnya Mohd Muzaffar Nordian bagaikan tidak bermakna selepas diuji dengan kematian isteri tersayang secara mengejut pada 9 Mei lalu.

Bercerita kepada mStar, Muz berkata detik yang masih segar dalam ingatannya itu berlaku pada hari keempat umat Islam berpuasa Ramadan lalu iaitu kira-kira 10 minit sebelum waktu berbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit banyak, peminat ramai punca kumpulan Boboy ‘culture shock’

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu Boboy kongsi kejadian zaman kegemilangan, peminat sanggup kelar tangan dan hampir ditikam kekasih peminat

“Ya, betul saya kini seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak yang berusia dua, empat dan enam tahun. Arwah memang tak sakit apa-apa. Ketika itu kami pulang bekerja seperti biasa, pergi ambil anak-anak kemudian dia balik masak untuk berbuka puasa.

“Waktu itu dalam pukul 7.10 malam. Selepas menyediakan juadah berbuka, dia tiba-tiba masuk ke bilik untuk berehat. Ketika itu saya berada di dapur buat air untuk berbuka.

“Kemudian saya minta anak panggil ibu mereka... anak kejutkan dia tak bangun. Apabila saya sendiri pergi kejutkan, saya tengok dia dah tak sedarkan diri,” katanya kepada mStar.


Muz kini bapa tunggal kepada tiga orang cahaya mata.

Tambah Muz ketika itu dia sudah merasai ada sesuatu yang tidak kena terhadap isterinya, Noor Shafinaz Mohd Ramli.

“Waktu itu perasan saya dah rasa lain. Saya check nadi dah tiada dan badan dia pun sejuk... saya segera hubungi ambulans.

“Walaupun macam-macam yang pihak hospital lakukan selepas mereka sampai, saya seperti dah tahu dia sudah tiada,” ujarnya yang kini bertugas sebagai seorang penjawat awam di Putrajaya.

Kata Muz, kehilangan mengejut isterinya yang tidak pernah didiagnos dengan apa-apa penyakit sangat memberikan kesan terhadapnya sehingga membuatkan dia hilang arah dan hampir berdepan kemurungan.

Malah Muz mengakui, kehidupannya menjadi tidak terurus dan dia gagal menguruskan ketiga-tiga anaknya itu dengan baik.

Waktu itu perasan saya dah rasa lain. Saya check nadi dah tiada dan badan dia pun sejuk.

MUZ

GITARIS BOBOY

“Saya betul-betul terkejut... jadi hilang arah. Anda takkan pernah dapat bayangkan betapa saya lost ketika itu. Saya hampir kemurungan. Mujur ketika itu Shah (seorang lagi pemain gitar Boboy) ada dengan saya dan dialah yang beri kekuatan sejak arwah isteri pergi buat selamanya.

“Dia dan isterinya selalu beri semangat untuk saya teruskan kehidupan demi anak-anak. Jujur saya cakap, kalau mereka tak ada mungkin saya dah pergi ke hospital gila.

“Bulan pertama saya jaga anak-anak keseorangan, semuanya jadi kelam-kabut, tak boleh nak control apa-apa pun. Bayangkan tiba-tiba saya nak kena catch up semua benda... bangun pagi, siapkan anak-anak selain berdepan kerenah mereka lagi.

“Tetapi Alhamdulillah, keadaan sekarang semakin baik dan kembali normal, saya dah boleh uruskan semuanya sendiri. Tak ada masalah pun untuk saya jaga ketiga-tiga anak saya,” katanya.

Menurut Muz, kerinduan terhadap isterinya masih menebal dan hanya tatapan gambar kenangan serta baju yang dipakai arwah isterinya buat kali terakhir menjadi pengubat rindu terhadap cinta hatinya itu.

Shah Boboy  (kanan) antara individu yang memberi semangat buat Muz.

“Masa awal-awal tu memang anak-anak selalu bertanya mengenai ibu mereka, tapi saya tak boleh nak jawab. Anak saya yang sulung itu memang faham dan yang umur dua tahun ni pun seperti tahu saja apa yang berlaku.

“Perasaan rindu itu sentiasa ada. Sampai hari ni pun perasaan itu masih sama. Malah saya masih simpan baju yang dipakai arwah pada hari terakhir dia meninggalkan kami. Setiap kali rindu, saya akan pegang baju itu. Begitu sajalah cara saya mengubati kerinduan padanya selain menatap gambar.

“Barang-barang arwah juga masih ada... ia tidak berusik dan saya memang nak ia berada di situ,” ujarnya.

Menurut Muz, hasil bedah siasat mendapati kematian isterinya akibat serangan jantung.

Muz dan Noor Shafinaz berkahwin pada 13 Mac 2010. Arwah juga merupakan kakitangan kerajaan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Keisha Nur Zahra Alya, 6, Muhammad Mikhail Azfar, 4 dan Muhammad Mifzal Aariz, 2 tahun.

Muz Boboy , Naqiu , Boboy , Gegar Vaganza

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain