Amylea, Farouk ‘pangkah’ penyanyi banyak songeh - “Kalau dah bagi lagu, bukan boleh nak ambil balik” - Hiburan | mStar

Amylea, Farouk ‘pangkah’ penyanyi banyak songeh - “Kalau dah bagi lagu, bukan boleh nak ambil balik”

Amylea akui cerewet dalam memilih penyanyi untuk membawakan lagu ciptaannya.

PENYANYI dan penulis lirik, Amylea Azizan mengelak untuk bekerjasama dengan artis yang mempunyai masalah sikap daripada menyanyikan lagu-lagu ciptaannya dengan komposer terkenal, Farouk Roman.

Bagaimanapun menurut Amylea, dia bersyukur kerana tidak pernah berdepan dengan masalah sedemikian dengan mana-mana penyanyi setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa yang bakal membawakan lagu 'Anta Permana' di SFMM34? - “Hael Husaini belum pilih pengganti yang layak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika sokong tunjukkan, bukan sekadar cakap” - Amylea terharu karya diterima masyarakat

“Syukur kerana setakat ini kami dapat penyanyi yang tak banyak songeh... sama ada penyanyi lama atau baharu, tak ada masalah untuk bekerjasama.

"Cuma kalau boleh, biarlah yang tak ada attitude problem sebab lagu ini ibarat ‘anak’ kami.

Amylea akui selesa bekerjasama dengan Farouk Roman.

"Kalau dah bagi lagu, bukan boleh nak ambil balik. Apabila lagu sudah diberi, kita harap dia dapat menjaga lagu itu dengan baik,” katanya kepada mStar.

Tambah Amylea, dia dan Farouk agak cerewet dan selektif dalam memilih penyanyi yang benar-benar dirasakan sesuai untuk membawakan lagu mereka.

“Konsep 'kuku besi' itu memang betul sebab kami bukan komposer dan penulis lirik yang lepas tangan selepas menghasilkan lagu. Banyak kali kami berbalah untuk menghasilkan lagu berkualiti dan terbaik.

“Apabila Farouk siap mencipta lagu dan dia beri melodi, kami akan ke studio rakaman untuk saya menyanyikan demo lagu itu terlebih dahulu.

Kami tidak akan bertolak ansur dengan penyanyi terbabit dalam soal penyampaian lagu yang diberi.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

“Selepas itu, baru kami berdua akan putuskan cara penyampaian lagu itu. Kami tidak akan bertolak ansur dengan penyanyi dalam soal penyampaian lagu yang diberi,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak tiga lagu ciptaan Amylea dan Farouk layak berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 34 bermula 15 November lalu.

Tiga lagu itu ialah Tetap Kamu nyanyian Amylea dan Megat, Tiada Dirimu dendangan Shila Amzah dan Bimbang oleh Marsha Milan selain lagu Pudar nyanyian Indah Ruhaila ciptaan Amylea sepenuhnya.

Sebanyak 30 lagu akan bersaing di peringkat separuh akhir selama tiga minggu bermula 15, 22 dan 29 November.

Muzik-Muzik 34 dihoskan oleh pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni dan akan bersiaran langsung setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Amylea Azizan , Farouk Roman , Tetap Kamu

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain