Tok Ram ‘malas’ cakap banyak, Feeza buat hal lupa lirik - “Apabila seseorang itu sedang jatuh, saya tak akan hentam lagi” - Hiburan | mStar

Tok Ram ‘malas’ cakap banyak, Feeza buat hal lupa lirik - “Apabila seseorang itu sedang jatuh, saya tak akan hentam lagi”

Feeza gagal mara ke peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 6.

PERSEMBAHAN tiada ‘feel’ membuatkan penyanyi Feeza gagal mara ke peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) apabila diumumkan tersingkir pada konsert keenam yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Feeza menerima markah sebanyak 46 peratus daripada juri sekaligus menjadikannya menduduki tangga terendah.

Juri tetap, Datuk Ramli MS berkata terdapat sesuatu yang hilang daripada persembahan Feeza hingga membuatkan dia menerima nasib sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nasib Sham Visa dalam GV6? Peti suara alami kecederaan teruk - “Mungkin ambil masa lama untuk sembuh”

ARTIKEL BERKAITAN:  “Saya dah biasa hidup susah, setiap masalah ada hikmah” - Hady Mirza

“Juri jemputan (Saari Amri) pun dah kata tak ada feel, nyanyian itu tak sampai.

“Dan saya sendiri pun sudah bagi hint yang saya tidak akan berkompromi dalam pemberian markah. Tak ada lebih, tak ada kurang.

“Anda tahu cara saya, apabila seseorang itu sedang jatuh, saya tak akan hentam lagi,” katanya kepada mStar.

Wajah-wajah peserta yang mara ke peringkat seterusnya.

Feeza menyanyikan lagu Terus Mencintai nyanyian asal Siti Nordiana.

Namun Feeza membuka persembahannya dengan kecacatan apabila dia tersalah lirik pada rangkap pertama lagu berkenaan.

Sementara itu, Feeza ketika ditemui berkata faktor kesihatan menjadi punca persembahannya itu tidak menjadi.

Bagaimanapun Feeza berkata dia menerima keputusan itu apabila juri memberikan komen sedekian.

“Sejujurnya selepas membuat persembahan, saya sudah terdetik bahawa akan terkeluar minggu ini.

Feeza berkata dia turut berhadapan masalah kesihatan sejak Selasa lalu.

“Selain itu saya juga tidak sihat, tapi saya tak mahu jadikan ia sebagai alasan. Saya dah mula demam sejak Selasa.

“Daripada rehearsal lagi saya dah batuk-batuk dan saya dah cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik dan setakat itu sahaja yang saya mampu,” ujarnya.

Sementara itu, peserta yang mara ke peringkat separuh akhir GV6 ialah Wann, Norshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone, Roy dan kumpulan One Nation Emcee.

Pada minggu ketujuh itu nanti, kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Caras’.

Hafiz Suip diundang untuk berduet menerusi lagu Bagaikan Sakti bersama Feeza pada konsert minggu keempat.

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain penerbit dan pencipta lagu terkenal, Saari Amri sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, isteri kepada pemain dram kumpulan Search, allahyarham Yazit  Ahmad iaitu Ramlah Ahmad menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Sham Visa manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Wann.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Gegar Vaganza , Feeza

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain