Adira tayang foto suami tidur berlengeng, petanda rumah tangga kembali aman - “Alhamdulillah... semoga bahagia demi anak”

Adira mula memuat naik foto suami di Instagram dan menjadi petanda mereka sudah berdamai.

TINDAKAN penyanyi Adira Suhaimi berkongsi foto suaminya Datuk Seri Adnan Abu dan anak ketiga mereka, Anggun di laman Instagram menjadi petanda baik mengenai status rumah tangga pasangan ini.

Menerusi ruangan komen, Adira mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya dengan suami yang lebih dikenali sebagai Datuk Red.

"Terima kasih semua doakan kami. Insya-Allah," komen Adira.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red bergurau mengaku lakukan hubungan intim dengan Adira - “Niat saya nak kaburi wartawan, tak sangka jadi isu”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tukar fikiran? Mungkin tarik balik permohonan cerai terhadap Datuk Red demi anak-anak

Perkongsian Adira itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat, rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan gembira melihat Adira kembali memuat naik foto bersama suami.

Malah pengikutnya turut mengharapkan segala kemelut yang melanda rumah tangga pasangan ini berakhir.

Perkongsian terbaharu Adira memberi gambaran mengenai hubungan rumah tangganya dengan Datuk Red.

"Alhamdulillah... semoga bahagia Adira demi anak-anak yang masih kecil.

"Alhamdulillah berbaik semula. Biasalah kalau rumah tangga ni banyak betul dugaan, kuat atau tidak untuk lalui, jadikan kekurangan itu sebagai pelengkap dalam mahligai rumah tangga dan semoga kalian kekal hingga akhir hayat.

"Ya Allah, Adira dah berbaik-baik ke? Amin... suka tengok Adira dan anak-anak. Comel!," komen pengikut.

Sementara itu, hasil tinjauan mStar di akaun Instagram Adnan mendapati tiada sebarang muat naik terbaharu mengenai status hubungan rumah tangga mereka.

Datuk Red pernah berkongsi paparan skrin perbualan memberitahu Adira mungkin menarik balik permohonan cerai.

Pada Khamis lalu, Adnan memberi gambaran hubungan rumah tangganya bakal baik seperti sedia kala dengan berkongsi paparan skrin perbualan seorang wanita dikenali sebagai Fira memberitahu bahawa Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Terdahulu, Adira memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Susulan itu mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Adira, Datuk Red

Artikel Berkaitan

Artikel Lain