Keguguran buat Fasha Sandha fobia – “Saya kongsi berita gembira mungkin selepas bersalin”

Netizen membuat andaian Fasha kini sedang berbadan dua berdasarkan foto aktres itu memperlihatkan seakan baby bump.

MENGAMBIL iktibar atas apa yang pernah berlaku, pelakon Fasha Sandha enggan berkongsi berita mengenai dirinya kini hamil.

Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 35, keguguran yang dialami sebelum ini membuatkan dia berasa fobia untuk bercerita terlalu awal soal kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik simpan rahsia kakak! Elisya Sandha tak berani ‘buka mulut’ - “Hamil atau tidak, biarlah Fasha yang kongsi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah apa orang nak kata, usia ini memang ada risiko untuk hamil” - Fasha anggap belum rezeki dikurniakan cahaya mata

"Doa yang baik-baik saja. Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu (kehamilan).

Fasha masih mengunci mulut mengenai berita kehamilannya.

"Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Saya pernah alami keguguran sebelum ini dan ia membuatkan saya fobia untuk berkongsi awal.

"Cukuplah anak-anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebabkan mereka sudah berharap untuk ada adik. 

"Jadi, saya tidak mahu membuatkan mereka berasa hampa lagi," kata Fasha kepada mStar.

Fasha ditemui ketika sesi Meet & Greet duta Aura White Toothpaste x Guardian di Guardian IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

Cukuplah anak-anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebabkan mereka sudah berharap untuk ada adik. 

FASHA SANDHA

Pelakon

Netizen mula membuat andaian Fasha sedang berbadan dua apabila melihat beberapa foto isteri kepada pelakon Aidil Aziz di Instagram yang memperlihatkan 'baby bump'.

Pada 10 Jun lalu, Fasha menerusi perkongsian di Instagramnya mengumumkan dirinya mengalami keguguran ketika kandungan berusia lapan minggu.

Dalam pada itu, aktres ini memberitahu dia tetap akan berkongsi berita gembira itu namun berkemungkinan selepas bayinya lahir.

Fasha tidak mahu menghampakan perasaan kedua-dua anaknya.

"Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira kepada semua orang tapi mungkin selepas saya bersalin nanti," ujarnya.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac lalu. Ia adalah perkahwinan kedua buat pelakon drama popular Syurga Yang Kedua.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita berkenaan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Berkaitan

Artikel Lain