suria

Sarah Hildebrand bergelar isteri kepada jejaka kacukan Filipina-Amerika - “Suami peluk Islam pada September lalu”

Sarah kini bergelar isteri kepada Otto Gilen.

PELAKON Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Otto Gillen dengan sekali lafaz pada pukul 10.23 pagi, Ahad.

Memetik laporan BH, pasangan itu dinikahkan Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Hilmi Saadan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dituduh curang, ada hubungan dengan pengurus, maaf saya bukan pelacur!” - Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Ganggu privasi, Sarah Hildebrand 'buang' kawan di laman sosial “Sudah tiba masa untuk move on”

Menurut Sarah, 29, dia dan suami sepakat mengadakan majlis pernikahan secara bersederhana.

Sarah menyarungkan cincin di jari suaminya.

"Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana. Alhamdulillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.

"Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudahkan. Insya-Allah," kata Sarah.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu.

Pada majlis tersebut, pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda itu menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

Pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook.

Suami sudah memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan.

SARAH HILDEBRAND

Pelakon

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia bertemu semula dengan Otto ketika melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

Malah, aktres berdarah campuran ini juga memberitahu suami yang berdarah kacukan Filipina-Amerika telah memeluk Islam pada September lalu.

"Kebetulan, saya turut berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami bertemu kembali ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat, awal tahun ini.

"Suami sudah memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan," ujarnya.

“Dituduh curang, ada hubungan dengan pengurus, maaf saya bukan pelacur!” - Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain
Sarah Hildebrand

Artikel Berkaitan

Artikel Lain