suria

“Saya cuma nak tunjuk kasih sayang terhadap haiwan” - Nabila Huda ulas foto ‘selfie’ dengan anjing terima teguran PU Syed

Foto 'selfie' Nabila Huda bersama seekor anjing menerima kritikan daripada PU Syed.

PELAKON Nabila Huda menjelaskan tindakannya berkongsi foto 'selfie' bersama seekor anjing di Instagram bukan untuk memberi pengaruh buruk kepada orang ramai.

Sebaliknya kata Nabila, niatnya hanya untuk berkongsi kegembiraan selain menunjukkan rasa kasih sayang terhadap segala jenis haiwan, termasuk anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Drama 'Di Sisi' terbitan RTM menang besar ASK2019

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau pun bermazhab lain, tak payah 'up' gambar sebegitu rupa” - Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed

"Anjing adalah makhluk daripada Allah juga... tidak ada masalah pun kita berbuat baik terhadap apa sahaja binatang yang ada.

"Lagipun saya dah beritahu yang saya dah samak (sebenarnya adalah sertu).


PU Syed membuat teguran terhadap Nabila menerusi laman Facebook miliknya.

"Saya tak rasa pun saya buat begitu untuk pengaruh semua orang pegang. Saya hanya nak tunjuk sebagai manusia, kita perlulah menyayangi setiap benda yang ada di muka bumi ini," katanya kepada mStar.

Nabila ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah Nabila, ia bukanlah isu yang harus diperbesarkan kerana lebih banyak perkara lain yang lebih besar dan harus dipandang serius.

Kata Nabila, isu masalah sosial dalam kalangan remaja adalah lebih membimbangkan yang perlu diteliti golongan agamawan berbanding isu menyentuh anjing.

"Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan mahram berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula.

Its not a big issue! Saya tahulah anjing tu haram. Kalau yang bukan mahram berpegangan tangan, berpelukan itu tak jadi isu pula.

NABILA HUDA

Pelakon

"Mereka tak fikir setiap komen itu sebenarnya saya boleh ambil dan buat laporan polis," katanya.

Pada Khamis lalu, anak kepada penyanyi Amy Search ini memuat naik sekeping gambar 'selfie' bersama seekor anjing.

Perbuatannya itu kemudiannya mendapat teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed yang menyifatkan perbuatan seperti itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti tempatan sehingga boleh mendatangkan fitnah kepada agama.

Dalam perkembangan lain, lakonan mantap aktres berbakat besar ini menerusi drama Dia Tidak Berdosa berjaya mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam ASK2019.

Drama Kamar Kamariah diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik ASK2019.

Menurut Nabila, ia antara anugerah yang paling dinanti-nantikannya kerana bakat lakonan dinilai oleh juri dan bukannya berdasarkan undian peminat.

"Saya rasa gembira tak sangka masih boleh dapat lagi anugerah ini... ia adalah anugerah yang ketiga di Anugerah Skrin dan saya memang ternanti-nantikan majlis seperti ini sebab mereka menilai bakat kita dengan juri profesional dan bukannya berlandaskan daripada undian peminat.

"Sejujurnya saya tak suka watak yang berat dan selalu menangis kerana ia tak kena dengan jiwa saya. Kalau saya buat mesti akan rasa kekok.

"Apapun, saya rasa bertuah kerana kebanyakan skrip yang saya dapat semuanya best-best dan menjadi antara faktor kemenangan saya pada malam ini," katanya.

Nabila Huda, PU Syed

Artikel Berkaitan

Artikel Lain