“Dituduh curang, ada hubungan dengan pengurus, maaf saya bukan pelacur!” - Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain

Netizen membuat andaian bekas kekasih yang dimaksudkan Sarah adalah Nabil Mahir.

PELAKON Sarah Hildebrand menjelaskan tindakannya membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama lima tahun putus adalah bagi membantu wanita atau lelaki yang mengalami situasi sama sepertinya.

Sarah, 29, berkata dia terpanggil untuk berkongsi perkara itu selepas mendapat banyak mesej yang meminta pendapatnya apabila terperangkap dalam sebuah hubungan cinta yang bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Mahir dah beli cincin, tak sempat lamar Sarah Hildebrand

"Saya terima banyak mesej daripada wanita dan lelaki yang ada masalah dengan hubungan dan saya tahu tidak ramai antara kita yang mahu bercakap mengenai perkara itu secara terbuka.

Sarah mendedahkan punca perpisahan dia dengan bekas kekasih.

"Saya mahu membantu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi sama, yang tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi atau terlalu takut untuk bersuara, walaupun saya perlu berkongsi kisah peribadi dan pengalaman sendiri," katanya kepada mStar.

Sarah menerusi laman Instagramnya pada Jumaat mendedahkan keputusan berpisah dibuat selepas bekas kekasihnya melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sepanjang mereka bercinta.

Biarpun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama, netizen membuat andaian individu yang dimaksudkan adalah pengacara dan pelakon Nabil Mahir.

Malah, lebih parah pelakon drama Pujaan Hati kanda ini mendakwa pernah dituduh melakukan perkara terkutuk dengan pengurusnya.

Sarah dan Nabil berpisah pada Februari lalu selepas lima tahun bercinta.

"Maaf, saya bukan pelacur. Saya akan pastikan wang yang diterima daripada sumber yang halal.

"Saya bukan sahaja menjaga diri sendiri tapi saya jaga ibu tunggal, ibu saya. Saya tidak akan biarkan rezeki itu datang daripada duit haram.

"Itu sudah melampau dan saya sudah penat. Kali terakhir kami bertengkar sehinggalah dia suruh saya berambus, dan itulah yang saya lakukan," tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah berkata, dia pernah cuba untuk memperbaiki hubungan mereka biarpun selepas bekas kekasihnya mengaku berlaku curang terhadapnya dengan wanita lain.

Anda boleh bayangkan selepas disakiti berterusan selama hampir lima tahun, seorang akan penat dengan hubungan itu.

Sarah Hildebrand

Pelakon dan model

"Saya dituduh curang sebab 'saya ada potensi itu' tapi satu hari, kerana Allah itu adil, bekas kekasih mengaku berlaku curang terhadap saya dengan wanita lain.

"Tetapi, saya masih cuba perbaiki sebab saya bod**. Saya fikir, saya boleh lupakan dan semuanya akan okey. Tidak, belum berakhir. Perkara itu menghantui pemikiran saya.

"Anda boleh bayangkan selepas disakiti berterusan selama hampir lima tahun, seorang akan penat dengan hubungan itu," katanya.

Sarah dan Nabil sebelum ini membuat pengumuman mereka sudah berpisah selepas lima tahun bersama.

Nabil juga pernah mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar Sarah namun tidak kesampaian apabila cinta mereka berakhir di tengah jalan.

Sarah Hildebrand, Nabil Mahir

Artikel Berkaitan

Artikel Lain