Haziq tak sanggup kaki dipotong “Sekarang tanggung risiko, mahu cuba cara rawatan lain” - Hiburan | mStar

Haziq tak sanggup kaki dipotong “Sekarang tanggung risiko, mahu cuba cara rawatan lain”

Kaki Haziq nyaris dipotong, namun mereka mengambil keputusan untuk mencuba rawatan alternatif.

BEKAS vokalis kumpulan Putera Band iaitu Haziq yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya berikthiar mendapatkan rawatan secara alternatif bagi menyelamatkan anggota tubuhnya itu.

Menurut Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Hasbullah, 19, selepas dia menjalani dua pembedahan di hospital, doktor memberitahu kaki kanannya perlu dipotong.

"Doktor kata kaki tak boleh diselamatkan dan akan dipotong, selepas berbincang dengan famili kita ambil keputusan tangguh dahulu dan pulang ke rumah bagi mencuba rawatan lain dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu 48 jam untuk tahu kaki mampu diselamatkan atau tidak” - Haziq cedera parah kemalangan

"Kos ubatan dan rawatan memang agak mahal dan memerlukan puluhan ribu.

"Sekarang ini kita tanggung risiko sendiri dan cuba cara lain... saya tak nak hilang kaki!" katanya kepada mStar.

Keluarga membuat keputusan untuk mencuba rawatan alternatif lain bagi memulihkan kakinya.

Pada 5 Julai lalu, Haziq yang membonceng motosikal bersama rakannya dalam perjalanan ke Bukit Jalil terbabit kemalangan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi.

Sebuah kereta yang dipandu laju melanggar motosikal mereka dari arah belakang sehingga membuatkan Haziq melambung dan terjatuh di jalan raya.

Kemalangan itu telah menyebabkan Haziq mengalami kecederaan kaki kanan serta kehilangan lebih dua liter darah.

Kecederaan parah itu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

Setelah tiga minggu menanggung derita, Haziq berkata kesakitan semakin berkurangan, namun badannya cepat letih kerana pergerakan terbatas.

Penyanyi Aiman Tino, Fara Hezel dan Izzmad Harun lancarkan tabung bantuan kepada Haziq bagi meringankan beban yang ditanggung Haziq.

"Alhamdulillah sakit itu kurang sedikit tidak seperti awal kemalangan dulu, cumanya badan cepat letih mungkin kerana tak boleh terlalu bergerak. Tidur pun hanya dalam satu posisi sahaja.

"Duduk di rumah sendiri ini tidaklah terlalu stres sebab ada keluarga dan kawan-kawan boleh datang melawat,” katanya.

Sementara itu, Haziq turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menghulurkan sumbangan dan mendoakan kesihatannya itu.

Malah, dia tidak sabar untuk kembali pulih dan menghiburkan peminat.

Kos rawatan pemulihan pada bahagian kaki Haziq menelan belanja puluhan ribu ringgit.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dan tak henti-henti memberikan kata-kata semangat.

"Ibu angkat saya di Sabah juga banyak membantu, tak dapat saya nak balas setiap budi baik kalian semua.

"Sekarang ini saya tak sabar nak cepat-cepat sembuh dan hiburkan peminat semua," katanya.

Untuk mereka yang ingin membantu menghulurkan sumbangan kepada Haziq bolehlah menghubungi ibunya Linda Eva menerusi laman Instagram @lindaeva_official.

Haziq

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus