Nabil Mahir dah beli cincin, tak sempat lamar Sarah Hildebrand

Hubungan Nabil dan Sarah Hildebrand berakhir pada Februari lalu.

PENGACARA Nabil Mahir mendedahkan dia sudah membeli cincin lamaran untuk bekas kekasih iaitu pelakon Sarah Hildebrand.

Menurut Nabil, 31, dia merancang untuk menyerahkan cincin berjenama mewah tersebut  pada April depan bersempena ulang tahun kelima percintaan mereka.

“Sepatutnya 20 April ini saya akan beri cincin lamaran bersempena ulang tahun kami tapi sayang impian itu tidak dapat direalisasikan.

“Cincin itu saya beli pada November tahun lepas di Singapura, tapi tak sempat nak beri. Nampaknya dia bukan jodoh saya,” katanya kepada mStar Online.

Nabil reda dengan ketentuan tuhan mengenai hubungannya dengan Sarah.

Nabil ditemui di sidang media Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang diadakan di Palace The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada Isnin.

Dalam festival yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Mac itu, Nabil dipilih menjadi pengacara sepanjang majlis jualan produk selebriti. Lebih 50 booth dan gerai jualan selebriti akan dibuka sepanjang penganjuran kali ini.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia enggan memikirkan lagi mengenai tragedi putus cinta tersebut dan reda dengan ketentuan tuhan.

Nabil bersama beberapa selebriti popular bakal menjayakan Asia GT Festival dan Bazar selebriti bertempat di Sepang International Circuit pada 15-17 Mac ini.

Malah, dia belum bersedia untuk mencari pengganti yang akan mengisi kekosongan hati.

“Saya dah move on dan tak nak fikir lagi tentang kisah lalu, saya reda dan mendoakan yang terbaik untuk Sarah.

“Buat masa ini, belum nak cari pengganti lagi. Bagi sedikit ruang untuk saya tenangkan diri dan fokus terhadap karier seni,” katanya.

Sebelum ini, Nabil mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak awal Februari lalu.

Nabil Mahir, Sarah Hildebrand

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain