suria

Zamarul Hisham, Diana Rafar bakal timang anak ketiga, umum hamil 5 bulan - “Terima kasih Allah jadikan dia permaisuri hidupku!”

Zamarul kongsi berita gembira isteri hamil lima bulan.

PELAKON Zamarul Hisham mengumumkan isterinya iaitu Diana Rafar kini sedang hamil lima bulan.

Zamarul berkongsi berita gembira itu bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-38 pada malam Sabtu.

Dalam perkongsiannya itu, dia turut meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan Diana yang menjadi pelengkap hidupnya

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

"Selamat hari kelahiran buat bidadariku Diana Rafar.... terima kasih Allah kerana menjadikan dia permaisuri hidupku.

Zamarul kongsi berita gembira sempena ulang tahun kelahiran isteri.

"Semoga diberi kesihatan yang baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

"Alhamdulillah kini hamil lima bulan, doakan kesejahteraan Diana dan baby semoga diberi kesihatan yang baik," tulisnya di Instagram.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya isteri serta anak dalam kandungannya sihat.



Keluarga bahagia Zamarul dan Diana.

Zamarul, 49, berkahwin dengan Diana Rafar pada tahun 2009.

Pasangan ini telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zamarul Hisham, Diana Rafar

Artikel Lain