Tahun pertama raya sebagai bapa, Tajul seronok biarpun tak dapat balik kampung

Tajul turut berkongsi pengalaman menjaga anak sulungnya, Adriana Carissa.

WALAUPUN tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama ibu bapa berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan Aidilfitri tahun ini istimewa buat penyanyi Tajul Ariff dengan kehadiran anak sulungnya, Adriana Carissa yang kini berusia enam bulan.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 22, berkata, biarpun sedih tidak pulang ke kampungnya di Seremban, Negeri Sembilan, namun memahami ia demi kebaikan diri sendiri dan kesejahteraan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seram macam nak pengsan tengok dia sakit... banyak darah” - Tajul dah jadi bapa muda, timang cahaya mata perempuan

"Sambutan Aidilfitri tahun ini memang istimewa bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya sambut raya dengan anak.

"Cuma agak sedih sebab tak dapat balik kampung disebabkan PKP. Tapi takpa... demi kebaikan diri sendiri dan negara," katanya kepada mStar.

Tajul bersama isteri dan anaknya, Nurul Shamieza Eddie dan Adriana Carissa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu ini bersyukur masih dapat meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga terdekat yang berada di Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut tentang pengalaman menjadi seorang bapa, Tajul menjelaskan menjaga Carissa bukan suatu perkara yang sukar kerana anak perempuannya itu tidak terlalu banyak ragam.

"Alhamdulillah saya masih dapat beraya dengan ahli keluarga yang berada di Kuala Lumpur. Saya masih dapat menyambut raya bersama kakak, keluarga mentua dan juga saudara mara yang tinggal berdekatan.

Tak susah jaga Carissa kebab tak banyak ragam.

TAJUL

PENYANYI

"Tak susah pun jaga Carissa sebab dia tak banyak ragam. Cuma waktu malam saja dia akan mula menangis minta susu," ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tajul mengejutkan dunia hiburan apabila membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita pilihannya Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tajul Ariff,

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain