Dua bulan ditemani ibu mentua, BCL kongsi pengalaman raya tanpa Ashraf - “Dear love... malam itu takbir berbeza tanpa kamu!”

Bunga Citra Lestari sambut Aidilfitri dalam suasana cukup berbeza tahun ini.

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini cukup berbeza buat penyanyi Bunga Citra Lestari apabila dia meraikan hari lebaran itu tanpa suami tercinta iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dan menyambutnya dalam keadaan norma baharu akibat penularan wabak Covid-19.

Meskipun kemeriahan tidak sama seperti tahun sebelum ini, namun Bunga dan keluarga masih mengekalkan tradisi yang sama seperti ketika arwah masih hidup.

"Malam itu kita sekeluarga membacakan surah Yasin untuk kamu, itu kami lakukan setiap malam dan kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu... cuma kali ini berbeza tanpa kamu dan kami bertakbir secara online bersama ustaz.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap 40 hari Ashraf Sinclair pergi, Bunga Citra Lestari ajak orang ramai bertahlil dari jauh - “Terima kasih kami untuk cinta yang anda beri”

"Kita solat raya di rumah... sangat indah dan pengalaman baharu Aidilfitri tahun ini. Rasanya sangat berbeza ditambah pula kondisi pandemik, tak boleh keluar rumah untuk bersolat atau beraya bersama.

"Lebaran kali ini seperti biasa saya siapkan makanan seperti semasa kamu ada... saya jaga tradisi ini untuk bagi Noah biasa dengan kehidupan baharu ini," katanya.



Bunga bersama anak tunggalnya, Noah.

Penyanyi lagu Cinta Sejati ini berkongsi momen menyambut Aidilfitri tahun ini menerusi laman Youtube pada Ahad.

Dalam video yang dimuat naik itu, Bunga turut mengimbau kembali kenangan meraikan hari raya bersama Allahyarham pada tahun sebelum ini.

Selain anak mereka, Noah, turut kelihatan ibu bapanya, Muchlis Rusli dan Emmy Syarif serta ibu mentua, Khadijah Abdul Rahman dan beberapa orang saudara terdekat.



Bunga bersama keluarganya.

Sementara itu, Bunga meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang ketika orang ramai kini sedang berdepan pelbagai dugaan dan ujian.

"Itu tidak mengurangkan kemuliaan Aidilfitri, kami bermaaf-maafan dan melalui momen ini kita makin sedar bahawa di luar segala cubaan mendatang, namun kita bersyukur masih ada bersama.

"Kita duduk bersama berkongsi kasih sayang, ummi (ibu Ashraf) sudah dua bulan berada di Indonesia jauh dari keluarga di Malaysia menemani saya dan Noah, juga pada ibu dan ayah serta semua... saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka berada bersama saya.



Gambar kenangan... Bunga bersama keluarga Ashraf ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

"Dear love, meskipun ragamu sudah tiada tapi jiwamu sentiasa ada bersama saya dan doa untukmu cara untuk saya meluahkan rasa cinta... I miss you each and everyday!," ujarnya.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain