Genap 40 hari Ashraf Sinclair pergi, Bunga Citra Lestari ajak orang ramai bertahlil dari jauh - “Terima kasih kami untuk cinta yang anda beri”

Foto kenangan Bunga dan anaknya, Noah bersama arwah Ashraf.

GENAP 40 hari pemergian Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair, isterinya iaitu penyanyi Bunga Citra Lestari bersyukur masih dihujani kata-kata semangat daripada banyak pihak.

Memandangkan krisis wabak Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia, Bunga berasa sedih kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga dan kenalan bagi mengadakan majlis tahlil arwah suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan perjalanan yang mudah” - Luahan pertama BCL di laman sosial sempena ulang tahun ke-37, minta doa untuk Ashraf

"Menjelang 40 hari pemergian Ashraf, kami bersyukur kerana masih berterusan dihujani kasih sayang daripada sahabat, keluarga dan orang lain yang selalu mendoakan.


Bunga berkongsi perkara itu di Instagram.

"Dengan keadaan ketika ini, tentunya kita semua tidak dapat berkumpul untuk mengadakan majlis tahlil bersama.

"Namun sangat bermakna bagi kami jika doa, zikir dah tahlil dapat dilakukan untuk arwah Ashraf," tulis Bunga menerusi laman Instastory miliknya.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta ini serta keluarga mengajak orang ramai membaca surah Yassin di kediaman masing-masing pada hari ke-40 pemergian arwah suaminya pada Sabtu.

Allahyarham Ashraf bersama seluruh keluarganya.

"Dengan berasa rendah hati, kami berharap keluarga dan semua rakan boleh bersama-sama berdoa dan membacakan Yassin dari kediaman masing-masing.

"Pada hari Sabtu 28 Mac 2020 selepas solat Isyak. Semoga arwah Ashraf berada di tempat terindah disisiNya.

"Tiada kata yang boleh menggambarkan rasa terima kasih kami untuk cinta yang anda semua berikan," katanya.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain