suria

Lilin aromaterapi berharga RM540 dalam bilik tidur Raffi Ahmad jadi bualan - “Ini kalau dibakar tak habis tujuh keturunan”

Lilin dalam bilik isteri Raffi jadi perhatian peminat.

ISTERI kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina dikenali sebagai seorang wanita yang gemarkan kemewahan dan kecantikan.

Bukan sahaja memiliki koleksi barangan peribadi berjenama antarabangsa, Nagita juga sering menghiasi rumahnya dengan pelbagai kelengkapan mewah.

Salah satu yang menarik perhatian peminat ialah lilin aromaterapi yang digunakan di bilik tidurnya.

Menurut laporan Grid.ID, hasil carian salah satu akaun di Instagram, lilin tersebut adalah antara koleksi mewah jenama Dior.

Difahamkan lilin aromaterapi itu bernilai dua juta Rupiah (RM540).

Salah satu akaun peminat di Instagram mendedahkan harga lilin aromaterapi di bilik Nagita.

Ia mula menjadi perbualan hangat netizen yang ingin mengetahui bau yang terhasil daripada lilin itu.

Malah, ruangan komen pada foto tersebut turut dibanjiri dengan pelbagai komen.

"Bagaimana bau wangian mewah dengan harga dua juta. Tak boleh terima.

"Lilin harga dua juta kalau dinyalakan mesti terang satu rumah kan?

"Lilin ini mesti kalau dibakar tak akan habis selama tujuh keturunan," usik netizen.

Raffi Ahmad, Nagita Slavina

Artikel Lain