suria

Isteri penyanyi Tegar mengaku pernah jadi janda, kahwin enam bulan terus bercerai

Tegar tetap memilih Sarah biarpun sudah mengetahui kisah silam isterinya itu.

ISTERI kepada penyanyi Tegar iaitu Sarah Sheika mengakui dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga namun hanya bertahan selama enam bulan.

Menerusi laporan Liputan6, Sarah memberitahu dia tidak kisah dengan tanggapan dan kecaman netizen terhadapnya.

"Ya, pernah berkahwin tetapi hanya bertahan selama enam bulan. Tapi saya tak ambil kisah dengan kecaman orang yang menggelarkan saya janda," katanya.

Sarah berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu jemputan di program bual bicara, Rumpi No Secret baru-baru ini.

Isteri Tegar pernah berkahwin dan bercerai ketika berusia 21 tahun.

Sebelum ini, Tegar yang pernah mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah Sheilka.

Dalam pada itu, biarpun isterinya merupakan seorang janda namun Tegar tetap memilihnya untuk dijadikan pasangan hidup.

"Mungkin sudah jodoh. Pada mulanya saya memang terkejut sebab saya ingat ia hanya penipuan tetapi rupa-rupanya betul," katanya.

Tegar

Artikel Lain