suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkesan wabak Covid-19, Taylor Swift derma wang tunai RM12,900 kepada peminat secara rahsia!

Taylor Swift hulur sumbangan kepada peminat.

PERASAAN simpati terhadap kesempitan hidup yang dilalui peminat kerana wabak Covid-19 mendorong penyanyi Taylor Swift menghulurkan sumbangan secara rahsia.

Menurut laporan People, seorang peminat Taylor berkongsi kesedihan apabila hilang sumber pendapatan kerana tempat kerja mereka ditutup kerana wabak tersebut.

"Saya tiada pekerjaan, tak ada pendapatan dan tak boleh bayar hutang," tulis seorang peminat dikenali Samantha menerusi aplikasi Tumblr.

Luahan hati wanita itu menarik perhatian Taylor Swift dan dalam diam memberikan sumbangan wang tunai sebanyak AS$3,000 (RM12,950).

"Saya sangat terkejut, tak tahu nak cakap apa.

"Saya tak percaya orang yang saya kagumi dan menjadi idola merupakan seorang yang sangat bermurah hati," kata Samantha yang bekerja di sebuah bar di Disney Springs, Orlando, Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya bukan Samantha sahaja yang menerima sumbangan itu, ada juga peminat lain mengakui menerima wang tunai daripada Swift.

Wanita berkenaan memberitahu dia menerima sumbangan kerana hilang pekerjaan apabila terpaksa dikuarantin di rumah kerana Covid-19.

Taylor Swift

Artikel Lain