Suami Krisdayanti 'buka mulut' cerita pelan percutian ke Eropah ketika penularan wabak Covid-19

krisdayanti bersama suami tersayang, Raul Lemos.

TINDAKAN penyanyi Krisdayanti dan keluarga bercuti di Eropah ketika penularan wabak Covid-19 terus menerima kecaman hebat netizen.

Menjelaskan situasi sebenar, suami kepada Krisdayanti iaitu Raul Lemos berkata percutian mereka itu dirancang kira-kira dua bulan sebelum penularan wabak tersebut.

"Rancangan percutian keluarga itu dirancang lama. Malah dua bulan sebelum penyebaran Covid-19 di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Covid-19, Krisdayanti akan tamatkan percutian di Eropah lebih awal

"Tidak mudah untuk saya jadualkan waktu bersama keluarga kerana kesibukan kerja masing-masing dan anak-anak juga bersekolah," katanya.

Setelah memikirkan segala kemungkinan, Raul memberitahu mereka sepakat meneruskan percutian tersebut kerana jadual tersebut telah disusun dan diatur sebaiknya.

"Saya terlebih dahulu kena aturkan jadual yang padat untuk disesuaikan dengan cuti sekolah anak-anak.

Krisdayanti bersama suami dan anak-anaknya.

"Isteri pula sebagai anggota wakil rakyat agak sibuk bersidang dan kali ini waktu rehat untuknya bersama keluarga.

"Setelah pertimbangkan agenda dan jadual masing-masing, saya membuat keputusan dan mengatur tarikh 12 Mac sehingga 27 Mac sebagai waktu paling sesuai kami sekeluarga bercuti," ujarnya.

Sementara itu, Raul berkata sebagai bapa dan suami, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Malah, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menghiburkan keluarga tersayang.

"Sebagai ketua keluarga, ayah... semestinya saya ingin menggembirakan anak-anak dan sentiasa melakukan yang terbaik demi orang-orang yang saya cintai.

"Oleh kerana itu, kalau ada yang nak dipersalahkan atas apa yang terjadi ini, saya sebagai suami dan ketua keluarga yang harus bertanggungjawab dan dipersalahkan. Bukan isteri saya!," katanya.

SUMBER: Tribunnews

Krisdayanti, Raul Lemos

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain