Rihanna sumbang RM22 juta untuk perangi Covid-19

YAYASAN milik Rihanna menyumbang sebanyak US$ 5 juta iaitu kira-kira RM22 juta kepada pelbagai organisasi bagi perangi Covid-19.

Menurut laporan CNN, Yayasan Clara Lionel mengumumkan sumbangan itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Deadpool, Ryan Reynolds dan isteri derma RM4 juta kepada mangsa Covid-19 yang kurang berkemampuan

"Apabila ia mula tersebar kita tidak pernah terfikir bagaimana Covid-19 ini akan mengubah kehidupan kita secara tiba-tiba.

"Tidak kira siapa anda atau di mana anda berada, pandemik ini akan menjejaskan kita semua," katanya.

Hasil sumbangan itu akan disalurkan kepada bank makanan, mempercepat ujian di negara-negara seperti Haiti dan Malawi, dan peralatan perlindungan untuk pekerja-pekerja kesihatan barisan hadapan.

Rihanna menubuhkan Yayasan Clara Lionel pada tahun 2012.

Yayasan itu ditubuhkan sebagai penghormatan kepada datuk neneknya, dana pendidikan dan program tindak balas kecemasan di seluruh dunia.

Selain Rihanna, pasangan selebriti Ryan Reynolds dan Blake Lively juga menyumbang US$1 juta atau RM4 juta kepada orang yang terjejas akibat wabak itu di Amerika Syarikat dan Kanada.

Rihanna

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain