suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tzuyu (TWICE) kembali ke Korea Selatan selepas 2 minggu kuarantin di Taiwan

Tzuyu selamat kembali ke Korea Selatan

AHLI kumpulan TWICE, Tzuyu kembali ke Korea Selatan selepas terpaksa mengasingkan diri di Taiwan sejak dua minggu lalu.

Menurut laporan CNN, agensi Tzuyu, JYP Entertainment mengesahkan khabar tersebut. 

Mereka berkata ahli termuda TWICE akan kembali ke aktiviti yang dijadualkan.

"Tzuyu berada dalam keadaan yang baik dan akan mengikuti aktiviti kumpulan mengikut jadual," katanya.

Sebelum menjalani pengasingan, Tzuyu bersama-sama dengan lapan anggota TWICE sepatutnya mengadakan konsert di KSPO Dome, Seoul pada 7 dan 8 Mac lalu.

Konsert ini telah dibatalkan untuk mencegah penyebaran virus korona dan kesihatan artis, kakitangan dan penonton. 

Oleh sebab itu, Tzuyu terbang kembali ke Taiwan untuk bercuti.

TWICE

Artikel Lain