“Ingat tak sayang masa tayar kereta bocor ketika hantar awak pulang” - Pasha (Ungu) karang ayat jiwang untuk isteri

Pasha dan isteri sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-9.

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang ke-9, penyanyi Pasha berkongsi momen dan kenangan terindah ketika pertemuan pertama dia dengan isterinya, Adelia Wilhelmina pada Jumaat.

Pasha berharap isterinya akan sentiasa mengingati setiap kenangan antara mereka sepanjang sembilan tahun bersama antaranya tayar kereta bocor, bumbung kereta tidak dapat ditutup dan tangisan selepas diijab kabul.

"Sembilan tahun telah bersama dengan kamu sayang... ingat tak apabila kita berjumpa untuk kali pertama? Ingat tak sayang apabila saya terlambat ambil ketika mahu tengok wayang sama-sama untuk kali pertama?

"Ingat tak sayang masa tayar kereta bocor semasa hantar awak pulang ke Bandung? Ingat tak sayang semasa kita berjalan-jalan tetapi bumbung kereta tak boleh ditutup? Ingat tak sayang kita naik motor pergi ke Bandung masa hujan, best sangat?

Pasha berkongsi kenangan bersama isterinya.

"Ingat tak sayang masa di Beijing kita kesejukan? Ingat tak, waktu saya melamar awak? Ingat tak, waktu awak menangis selepas kita diijab kabulkan sebagai suami isteri?" tulis Pasha menerusi laman Instagram.

Vokalis kumpulan Ungu ini mendirikan rumah tangga dengan Adelia pada 2011 dan mereka mempunyai lima orang cahaya mata.

Dalam pada itu, Pasha memberitahu dia sentiasa mengingati setiap momen bersama isterinya dan mendoakan agar rumah tangganya sentiasa dilindungi serta diberkati Allah.

Saya ingat semuanya ketika kita sedih, senang, ketawa, bahagia, menangis dan semuanya tentang kita.

PASHA

PENYANYI

Pasha juga memohon maaf kepada isterinya atas kata-kata dan sikapnya yang tidak baik sepanjang mereka hidup bersama selama sembilan tahun sebagai suami isteri.

"Saya ingat semuanya ketika kita sedih, senang, ketawa, bahagia, menangis dan semuanya tentang kita. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-9 kekasihku Adelia.

"Semoga Allah SWT sentiasa memberi pelindungan dan memberkati keluarga kita dengan kebaikan di dunia serta di akhirat kelak.

"Maafkan saya selama sembilan tahun ini ada sikap atau bahasa yang kurang baik pernah awak dengar dan terasa hati sepanjang menjadi pasangan hidup awak," katanya.

Pasha, Ungu, Adelia

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain