Covid-19: Jaden Smith tak hirau saranan 'social distancing', luangkan masa dengan wanita misteri di pantai

Jaden dilihat tidak menjaga jarak (social distancing) ketika bersama wanita misteri di pantai, Malibu.

FOTO pelakon dan penyanyi Jaden Smith sedang meluangkan masa bersama seorang wanita misteri di sebuah pantai, Malibu ketika krisis wabak Covid-19 melanda dunia menarik perhatian umum.

Menurut laporan Hollywoodlife, biarpun pasangan itu kelihatan tidak kisah dengan penularan wabak berbahaya itu namun apa yang menjadi persoalan netizen mengenai identiti wanita tersebut.

Selain gelagat mesra pasangan berkenaan, senyuman dan lesung pipit wanita itu juga menjadi tumpuan jurugambar untuk merakam setiap gerak geri mereka.

Senyuman dan lesung pipit wanita misteri menarik perhatian.

Namun, segelintir netizen turut mempertikaikan tindakan Jaden yang tidak mengambil langkah menjaga jarak atau social distancing seperti yang disarankan seluruh dunia ekoran wabak Covid-19 yang mudah dijangkiti.

Sebelum ini, Jaden pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sarah Snyder pada Ogos 2015 sehingga awal tahun 2017 dan selepas berpisah dia digosipkan mempunyai hubungan rapat dengan Odessa Adlon.

Jaden Smith, Covid-19.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain