Zizan Razak kesal sikap ‘selfish’ balik kampung jejas prestasi Malaysia di mata dunia - “Dua bulan kita bertahan penurunan kes sangat bagus”

Zizan tidak mahu rakyat Malaysia ingkar arahan kerajaan demi kepentingan diri.

SUSULAN laporan jumlah kes baharu dan korban wabak Covid-19, pelakon Zizan Razak tampil menyuarakan pandangan terhadap sikap rakyat Malaysia yang masih cuba merentas negeri dan pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, rakyat Malaysia perlu belajar dari pengalaman lalu di mana keputusan mereka untuk pulang ke kampung dalam tempoh PKP memberi impak yang ketara terhadap kes baharu di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar hairan orang ramai tetap cuba balik kampung - “Korang tak rasa ke buang masa... kenapa masih lagi berdegil?”

"Selepas terbaca petikan berita ini adakah anda rasa berkeinginan balik beraya di kampung lagi?

"Tidakkah anda rasa kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan, selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena wabak Covid-19," jelasnya.

Zizan Razak menyuarakan pandangan terhadap sikap rakyat Malaysia menangani wabak Covid-19 menerusi laman Instagram.

Pelakon filem Polis Evo itu meminta orang ramai memikirkan keadaan petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) yang terpaksa berkorban demi keselamatan rakyat.

Katanya, akibat sikap mementingkan diri itu hanya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

"Adakah anda ingin mengulangi kesilapan lalu? Adakah anda mahu jadi pembawa? Walau tidak pulang ke kampung anda masih lagi boleh beraya. Tetapi fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, abang polis dan askar di sekatan jalan raya.

"Dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakkah anda merasa bersalah pada mereka? Dan tidakkah anda akan membebankan diri anda lagi?” soal Zizan.

Dalam pada itu, Zizan berharap rakyat Malaysia memberi kerjasama bagi mengekalkan penurunan wabak tersebut.

"Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara-negara luar kepada Malaysia sangat membanggakan.

"Dan adakah kita sendiri akan rosakkan prestasi kita selama ini? Renungkanlah," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zizan Razak, Covid-19, PKPB

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain