suria

Aidilfitri kali ini semua pasti menang! Jom ramai-ramai tengok filem dan drama best di Astro GO... yang pasti tak perlu bergaduh sesama tersayang

Pelbagai program terbaik boleh ditonton di Astro GO sepanjang Syawal ini.

HARI Raya Aidilfitri pasti lebih terisi dengan adanya Astro GO. Yang pasti, kehadiran 1 Syawal ini semua pasti menang dengan Astro GO! Mana tidaknya, kita pasti menang sebab tak perlu bergaduh nak tengok rancangan kegemaran masing-masing.

Astro GO membawa anda menonton rancangan kesukaan dengan hanya satu akaun dan kata kunci di empat peranti secara serentak. Mudah bukan?

Bukan itu sahaja, Astro GO menawarkan pelbagai genre program yang sesuai untuk seisi keluarga.

Lebih menarik program-program yang ditawarkan menepati citarasa semua peringkat umur tidak kira dari ayah hingga ke adik kecil anda!

Tentu sekali tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19 ini tidak sesuai untuk kita melakukan aktiviti ziarah dan dengan itu masa terluang dapat diisi dengan menonton Astro GO.

Jadi apa di tunggu lagi, rebut peluang untuk menyaksikan lima genre filem dan drama yang pastinya bakal mengisi hari-hari anda sepanjang Aidilfitri ini dan tambah berbaloi anda semua boleh menang RM500 setiap hari dengan peraduan Stream and Win! Nak tahu macam mana? Teruskan membaca.



Filem Wira dan Sangkar serta drama siri Dosa boleh ditonton di Astro GO.

1. Aksi

Bagi kaki wayang anda tak perlu risau kerana anda boleh menonton filem kegemaran anda di rumah sahaja. Filem aksi sudah tentu menjadi pilihan kaum lelaki yang sukakan cabaran.

Peminat pelakon Hairul Azreen, Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah jangan lepaskan peluang menonton filem pecah panggung mereka iaitu Wira dan Sangkar.

Manakala bagi peminat drama bersiri Dosa lakonan terakhir Allahyarham Ashraf Sinclair buat peminat boleh ditonton di aplikasi Astro GO.



Antara filem dan drama siri genre seram boleh ditonton di Astro GO.

2. Seram

Seram dan mendebarkan pastinya antara genre filem yang mendapat sambutan masyarakat di panggung wayang.

Tentunya yang dinantikan adalah saat ahli keluarga kita menutup mata atau menjerit ketakutan ketika bersama-sama menonton filem seram di rumah hanya dengan Astro GO.

Filem lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana iaitu Pusaka yang merupakan sebuah filem terbitan Astro Shaw menjadi salah satu rancangan untuk pencinta filem seram.

Selain itu, drama siri Sembilan dan filem Kafir Bersekutu Dengan Setan turut tidak boleh dilepaskan untuk tontonan seisi keluarga.



Pilihan siri animasi dan filem terbaik untuk golongan kanak-kanak.

3. Kanak-kanak

Golongan cilik tidak dilupakan dengan pilihan program animasi dan filem yang sememangnya menjadi kegilaan seperti Upin Ipin dan Ejen Ali.

Filem-filem dengan kutipan pecah panggung itu semestinya membuatkan anak-anak anda kekal terhibur di rumah.

Selain itu, rancangan animasi atau kartun popular New Doraemon juga bakal menjadi pilihan ramai.



Program reality kegemaran anda versi raya juga boleh didapati di Astro Go. Bagi peminat drama ribuan drama menarik boleh distrim seperti Magnificent Century secara on demand.

4. Drama dan pelbagai persembahan

Program berbentuk drama dan realiti televisyen bercorak komedi sememangnya mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat.

Lebih istimewa anda boleh menyaksikan program realiti kegemaran ramai seperti Sepahtu Reunion Raya dan MLM Raya di Astro GO.

Bagi pencinta drama, anda boleh stream ribuan drama menarik seperti Magnificent Century secara on demand.



Astro GO menawarkan lebih 20 filem karya P.Ramlee.

5. Klasik

Bagi golongan dewasa atau warga emas juga tidak ketinggalan disediakan senarai klasik sepanjang zaman.

Terdapat lebih 20 buah filem lakonan P.Ramlee yang boleh anda tonton termasuk di telefon bimbit dengan aplikasi Astro GO.

Dan paling utama, lebih banyak anda strim lebih tinggi peluang untuk menang di peraduan Stream and Win. Nak tip mudah untuk menang? Maksimumkan penggunaan empat peranti dan strim kesemua peranti. Untuk maklumat lanjut, layari contests.astro.com.my/GO.



Lebih banyak anda strim lebih tinggi peluang anda menang.

Jadi apa tunggu lagi, ajak semua ahli keluarga untuk muat turun dan strim Astro GO.

Astro GO adalah percuma untuk semua pelanggan Astro. Mohon Kemaafan, Kongsi Kegembiraan, Raikan Lebaran Dengan Kesyukuran. Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain