Bella Astillah puji cara Risteena hadapi kecaman, netizen tak pernah puas! - “Awak buat saja cara awak, awak lebih tahu”

Bella turut berkongsi sifat segelintir netizen yang asyik menghakimi segala perkongsian selebriti.

SUSULAN kecaman yang diterima pelakon Risteena akibat perkongsian tentang hubungan cintanya dengan Isa Khan, Bella Astillah turut memberi pandangannya.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini berkata, dia menyokong dan memuji tindakan Risteena yang menghadapi kecaman dengan positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi fasal tunang risau pun kena kecam, Risteena kata dia bebas post apa sahaja di IG - “Saya tak kacau suami orang!”

"MashaAllah, saya suka kenyataan awak. Tak apa, ini hidup awak, Ris. Sebagai selebriti, apa saja yang kita kongsikan akan dipertikaikan dan rakan-rakan media akan jadikan sebagai bahan untuk artikel mereka... bukanlah kita ni yang hubungi mereka dan bercerita minta cerita kita itu disebarkan”

"Bella suka sangat tengok orang yang tangani kecaman atau masalah dengan positif. Biarlah mereka terus mencaci kerana mereka tidak sedar akan putaran hidup yang seperti roda” katanya.



Komen Bella di entri yang dikongsikan Risteena di laman Instagram.

Sebelum ini, Risteena dikecam netizen apabila berkongsi tentang Isa yang cemas apabila tidak dapat menghubunginya dalam tempoh 30 minit.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang menganggap ia tidak perlu dikongsi di media sosial.

Dalam pada itu, Bella berkata, sebagai golongan selebriti, apa yang dilakukan sering mendapat perhatian dan dinilai oleh netizen.

Dari sini kita boleh nampak kita takkan pernah boleh puaskan hati sesiapa pun

BELLA ASTILLAH

PELAKON

"Bila kita kongsi banyak selfie mereka akan menghakimi muka atau kulit, bila kongsi OOTD mereka menghakimi bentuk badan, bila kongsi dengan pasangan cakap geli atau suruh kahwin baru rasa (dengan cara yang negatif) bila marah-marah cakap tak sepatutnya marah di media sosial, bila kongsi fasal mengaji atau bertudung cakap saja nak menunjuk bukannya ikhlas pun dan banyak lagi," ujar Bella.

Bella turut menasihati Risteena supaya tidak mempedulikan kata-kata orang lain dan hargai keluarga serta insan tersayang.

"Jadi, dari sini kita boleh nampak kita takkan pernah boleh puaskan hati sesiapa pun. Awak buat saja cara awak. Awak lebih tahu. Allah SWT lebih tahu niat awak asalkan awak, pasangan, adik-beradik bahagia dah lebih dari cukup," tulis pelakon itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bella Astillah, Risteena

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain