suria

“Ramai mak yang sedih tahun ni sebab anak-anak tak boleh balik” - Fauziah Nawi reda lalui Syawal tanpa Pitt Hanif

Genap 212 hari pemergian anak tercinta Fauziah Nawi iaitu pengarah filem Pitt Hanif.

PELAKON Fauziah Nawi meluahkan rasa sedih apabila buat pertama kali dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad, tanpa anak tercintanya iaitu pengarah filem Allahyarham Pitt Hanif.

Malah, Fauziah, 67, berkata dia juga tidak berharap anak keduanya Siti Nor Fateha pulang beraya berikutan bimbang dengan wabak Covid-19 yang masih menular.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri arwah Pitt Hanif terima komen lucah, Syafie Naswip buru pemilik akaun Facebook Kambing Kacak - “Mohon kuasa viral anda bantu mereka”

"Sudah 212 hari buah hati mama kepelabuhan jauh. Namun Pitt tetap dalam hati mama. Ramai mak yang sedih tahun ni sebab anak-anak tak boleh balik beraya sebab Covid-19 tapi itulah ketentuan dariNya.



Fauziah meluahkan rasa sedih di Instagramnya.

"Seperti juga mama jika difikirkan tak mampu bersendirian berhari raya tanpamu buah hati namun itu takdirnya. Adik pun mama pesan jangan bimbang kalau tak boleh balik raya.

"Adik risau fasal Covid dan adik cakap dia tak nak sambut raya sebab Ampit (Pitt Hanif) dah tak ada. Mama setuju dengan dia," tulis Fauziah menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Pada 26 Oktober tahun lalu, Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif lemas ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang.

Arwah disahkan meninggal dunia selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazahnya di Sungai Mela, Kuala Lipis pada petang, 27 Oktober tahun lalu.

Mama kena lebih kuat sebab mama tunggak kekuatan keluarga kita.

FAUZIAH NAWI

PELAKON

Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri bernama Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia di antara lapan hingga 17 tahun.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu dia berasa sebak apabila melihat anak kecil Pitt kerap ingin pergi ke taman dan stesen minyak untuk membeli minuman kegemaran seperti ketika arwah masih ada.

Bagaimanapun, dia perlu kuat demi keluarganya dan bersyukur kerana mempunyai menantu yang menjalani kehidupan baru dengan berusaha keras tanpa mengeluh biarpun dalam keadaan bersedih.



Isteri dan anak-anak arwah Pitt Hanif.

"Pitt buah hati mama, nyawa Pitt pun faham kecuali anak kecil awak. Dia asyik nak pergi taman, nak pergi Petronas beli minuman kegemaran macam masa ayah ada. It breaks my heart.

"Tapi kita kena kuat. Mama kena lebih kuat sebab mama tunggak kekuatan keluarga kita. Si kerinting lebih kuat. Dia lalui normal baru dengan berusaha gigih tanpa mengeluh walaupun penat sedih.

"Pitt tenanglah di sana dalam pelukan Khaliqmu. Moga titipan doa juga segala bacaan Al-Quran yang mama kirimkan buat Pitt, baba atok dan mak nek sampai," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain