Aiman Tino izin saudara terdekat ziarah raya tapi harus ikut SOP - “Inilah masa untuk kita lebih hargai orang tersayang”

Syawal tahun ini cukup bermakna buat Aiman Tino kerana dia dapat bersama keluarga sepanjang masa.

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini pastinya berbeza buat penyanyi Aiman Tino apabila dia tidak dapat meneruskan tradisi berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan peminat seperti tahun sebelum ini.

Aiman bagaimanapun berkata masih ada saudara-maranya yang tinggal berdekatan dan tidak menghalang jika ada yang mahu mengunjungi kediamannya pada hari raya ini.

Namun, ziarah raya itu haruslah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Aiman Tino, Fara Hezel dapat adik ke-11 - “Ini anak terakhir... doktor suruh tutup kilang”

"Semua dah boleh bayangkan raya tahun ini sangat berbeza dan berlainan, kita akan duduk rumah sahaja tak boleh nak kemana-mana.

"Ada saudara-mara yang tinggal berdekatan sahaja... kalau mereka nak datang rumah boleh tapi haruslah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan antaranya maksimum 20 orang dalam satu masa.

Keluarga besar... Aiman bersama ibu dan bapanya serta 10 orang adik beradiknya yang lain.

"Tidak apalah jika tahun ini kita berkorban kemeriahan raya demi keselamatan dan kesihatan semua orang. InsyaAllah, kita doakan semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi," katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Benci ini berkata penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi ruang untuknya memanfaatkan lebih banyak masa bersama keluarga di rumah.

"Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... sebenarnya inilah masa untuk kita lebih hargai orang tersayang, membuka mata ramai orang bahawa sebelum ini banyak masa yang kita buang.

Aiman Tino bersama kakaknya, Fara Hezel dan bapa mereka, Yusri.

"Jadi peluang dapat bersama keluarga ini haruslah digunakan sebaik-baiknya... sama-samalah kita berdoa supaya raya tahun ini akan lebih diberkati.

"Saya juga nak ucapkan selamat hari raya kepada semua peminat, keluarga dan saudara-mara yang tak dapat bertemu Aidilfitri ini... saya minta maaf jika ada salah silap dan selamat hari raya ya!," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aiman berkolaborasi bersama penyanyi Sufian Suhaimi, Luqman Faiz, Fieya Julia, Fara Hezel dan Yazid Izaham dalam lagu raya terbaharu berjudul Suasana Hari Lebaran.

Lagu ciptaan komposer hebat, S Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa sudah dimuat naik di laman YouTube Aries Music sejak 12 Mei lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aiman Tino

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain