Fendy Bakry membebel fasal kebenaran ‘shooting’, tak faham dengan penggiat seni - “Masa orang tak bagi, bising tak ada kerja!”

Fendy hanya menyuarakan pendapatnya mengenai keputusan membenarkan aktiviti seni kembali beroperasi.

JIKA diberi pilihan, pelakon Fendy Bakry enggan menjalani penggambaran namun dia terpaksa akur kerana perlu menyelesaikan tugasannya yang sudah dilakukan separuh jalan.

Bagaimanapun dia perlu bersyukur kerana kebenaran itu juga dapat meringankan beban orang yang berkeluarga biarpun bimbang berkemungkinan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jaminan selamat, Nabila Huda kurang setuju penggambaran dibenarkan - “Produksi boleh cover kos perubatan 100 peratus?”

"Ikutkan, aku pun tak nak shooting sebab fikir diri dan orang lain juga. Pergi shooting sana sini, balik jumpa orang lain. Seelok-eloknya boleh elak, kita elak. Bukan terus menerus ke arah bahaya.



Fendy berkongsi perkara itu menerusi Instagram.

"Tapi disebabkan shooting aku dah separuh jalan, aku kena habiskan juga. Mungkin dengan shooting dapat ringankan beban tenaga kerja bagi orang yang berkeluarga.

"Bersyukur la sebab dapat shooting balik walau kena ikut SOP yang aku rasa tak mungkin boleh ikut... tapi tak apa kita cuba lakukan sebab kita buat dia, bukan dia buat kita," tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan permohonan untuk meneruskan aktiviti seni diluluskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Apabila orang tak bagi shooting, bising tak ada kerja padahal Allah dah beri rezeki kat sekeliling kita.

FENDY BAKRY

PELAKON

Namun keputusan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk pelakon Nabila Huda yang bimbang dengan risiko terutamanya berkaitan penjarakan sosial jika ada babak yang melibatkan orang ramai walaupun penggambaran dilakukan mengikut SOP.

Dalam pada itu, Fendy juga menegur sikap segelintir golongan anak seni yang masih merungut selepas mendapat kebenaran untuk menjalani penggambaran.

Kata Fendy biarpun kebenaran itu mungkin membawa risiko kepada jangkitan Covid-19 namun penggiat seni sepatutnya perlu berasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bekerja dalam situasi krisis wabak tersebut.



Fendy terpaksa teruskan penggambaran biarpun hatinya tidak rela.

"Apabila orang tak bagi shooting, bising tak ada kerja padahal Allah dah beri rezeki kat sekeliling kita. Cari dan ambil rezeki itu. Nak tunggu datang bergolek sampai ke bila? Sekarang ini apabila orang dah bagi buat penggambaran, mengeluh pula kenapa bagi syarat macam itu.

"Kalau ikutkan tak kan ada orang nak ber kebenarani penggambaran ini sebab ia melibatkan travel dan kawasan setempat. Perlu masuk ke kawasan baru dan setiap kawasan kita tak tahu mara bahaya yang akan datang.

"Bersyukur sebab kita masih ada peluang untuk bekerja. Yang merungut tak dapat bantuan, tak dapat kerja dah pun boleh bekerja, ada sumber pendapatan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fendy Bakry, Covid-19,

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain