Aznil menggigil, menangis Tunku Azizah minta telefon nombor peribadi - “Ya Allah, Permaisuri sangat merendah diri... ini air mata keinsafan!”

Aznil sebak dan terharu apabila Permaisuri Agong sanggup meluangkan masa dan memintanya menghubungi nombor peribadi.

PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi terharu dan menitiskan air mata apabila dapat berhubung secara peribadi dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi panggilan telefon, baru-baru ini.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Paknil, dia mengagumi sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Tunku Azizah sepanjang perbualan mereka itu.

"Subhanallah... itu adalah permaisuri ya, bagaimana merendah dirinya seorang permaisuri, sedangkan kita rakyat biasa rasa diri kita sangat tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil disuruh ke surau buat ibadat, tinggalkan dunia hiburan... “Saya bukan susu dalam tin yang ada tarikh luput”

"Ini seorang permaisuri merendah diri... ini air mata keinsafan sebenarnya, syukur Subhanallah!

"Ya Allah kau menganugerahkan seorang permaisuri berhati waja dan berjiwa rakyat. Ampun tuanku patik menjunjung kasih," katanya.



Aznil terharu sikap merendah diri Tunku Azizah.

Paknil berkongsi momen cukup bermakna itu menerusi laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia ini memaklumkan tujuannya menghubungi Tunku Azizah bagi mendapat perkenan projek lagu baharu mengenai buli siber.

Paknil berkata dia sudah menghantar surat rasmi ke istana dan mengirim mesej peribadi kepada baginda di laman sosial, namun Tunku Azizah memberikan nombor peribadi untuk dihubungi.



Paknil hubungi Permaisuri kerana mahu berbincang mengenai projek lagu terbaharu.

"Paknil ada mesej Tunku Permaisuri tapi minta ampun sebab cara Paknil macam tak betul mesej sahaja, sebelum ini pernah mesej tapi fasal makanan.

"Sebabkan ada tugas, jadi Paknil hantar surat kepada istana tapi takut Tunku terperanjat dan tanya kenapa tak beritahu dulu, jadi Paknil mesej dan selepas itu Tunku minta call.

"Menggigil Paknil apabila Tunku Permaisuri minta telefon terus. Sangat berdebar!," ujarnya.

Video yang dikongsi Paknil itu menerima lebih 40,000 tontonan di laman Facebook.

Rata-rata pengikut memuji sikap merendah diri Tunku Azizah seperti didengari dalam rakaman perbualan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain