suria

Ning Baizura tak berani berlakon filem seram - “Arwah bapa pernah cakap jangan buat cerita hantu!”

Ning Baizura mengakui tiada keberanian berlakon dalam naskah seram.

PELAKON Ning Baizura mengakui masih belum ada keberanian untuk berlakon dalam mana-mana drama atau filem genre seram kerana bimbang tidak mampu mengawal perasaan takut.

Ning berkata dia juga pernah berjanji dengan bapanya, Allahyarham Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed untuk tidak membintangi sebarang karya bergenre sedemikian.

"Cerita horror ni saya memang tak boleh sebab rasa takut... jadi apabila ada yang tawarkan cerita seram, saya sendiri rasa tak boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada cuba hubunginya tapi...” - Ning Baizura terpaksa guna Youtube kaji karakter Marina Mahathir

"Saya tak boleh nak kawal perasaan takut itu... lagi pula saya dah berjanji dengan arwah bapa, dia cakap jangan buat cerita hantu. Itu yang dia pesan!," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon filem Lady Boss ini berkata dia pernah menolak beberapa tawaran lakonan bergenre seram.



Ning Baizura ingat pesanan arwah bapa.

"Saya pernah tolak tawaran karya seram sebanyak dua kali dan saya pula bukan jenis orang yang suka benda-benda mistik ini.

"Saya pun tiada 'kuasa' untuk melihat hantu... tapi biasalah benda mistik ini memang dah lama ada dalam budaya kita," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ning bakal muncul dalam filem Mahathir The Journey membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir yang juga merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan bajet sebanyak RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain