suria

Nad Zainal bakal timang anak kedua, kini hamil empat bulan - “Doakan perjalanan kali ini semudah yang pertama”

Nad Zainal kini hamil empat bulan.

PELAKON Nad Zainal berkongsi berita gembira apabila dia hamil anak kedua dan kandungannya kini berusia empat bulan.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, berkata, dia tidak mengalami sebarang alahan dan masih menjalani penggambaran sebuah drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat bekas makanan sendiri, Nad Zainal kongsi pengalaman jalani penggambaran masa PKPP - “Dah macam mak bekalkan anak ke sekolah”

"Bismillahirrahmanirrahim perjalanan sembilan bulan bermula. Yem (Fahad Ibrahim) nak jadi abang.

"Saya hamil empat bulan. Buat masa sekarang saya menjalani kehidupan macam hari normal kerana tidak mengalami sebarang alahan.

"Saya masih menjalani penggambaran drama bersiri dan selepas habis drama ini saya hanya ambil kerja yang mudah-mudah sahaja," ujarnya.

Jauh di sudut hati saya mahukan anak perempuan.

NAD ZAINAL

PELAKON

Pelakon drama Hati Yang Tersakiti ini berkata, dia berharap menimang cahaya mata perempuan, namun reda jika dikurniakan anak lelaki sekali lagi.

Apa yang penting kata Nad, bayi berkenaan dilahirkan dalam keadaan sihat.

"Jauh di sudut hari saya mahukan anak perempuan tapi saya berdoa janji anak ini sihat sahaja. Kalau lelaki pun tidak apa," ujarnya.



Nad bersama suami dan anaknya.

Nad berkata dia belum membuat sebarang persiapan dan mahu menjalani proses kehamilan kali ini secara tenang.

Dia juga meminta orang ramai agar mendoakan kehamilannya kali ini berjalan lancar.

"Doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama. Yem nak jadi abang," ujarnya.

Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini berusia 4 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain