suria

Haqiem Rusli ‘angkat’ Mercedes-Benz GLC 200 musim Covid-19 - “Tak nak cakap lebih, takut dikatakan suka menunjuk-nunjuk pula”

Haqiem bersyukur dapat memiliki kereta mewah pada usia muda.

PERKONGSIAN penyanyi Haqiem Rusli berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz GLC 200 di usia yang muda menarik perhatian netizen di laman sosial.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur dengan kejayaan yang dikecapinya ketika di usianya baharu 22 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemurungan disangka gimik, Haqiem Rusli belajar banyak perkara - “Saya dah maafkan semua yang hina saya ketika itu”

Akui kehidupan turut terkesan dengan pandemik Covid-19, Haqiem bagaimanapun berkata dia membeli kenderaan mewah itu menggunakan wang simpanannya.

Haqiem menggunakan wang simpannya untuk beli kereta mewah.

"Saya memang berasa sangat bersyukur dapat memiliki kereta ini pada usia muda. Sudah tiba masanya untuk saya hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri.

"Bukan tidak terkesan dengan PKPB... cuma saya buat keputusan beli kereta pada waktu ini kerana sudah lama menyimpan.

"Kalau boleh saya tak nak cakap lebih soal ini takut nanti dikatakan suka menunjuk-nunjuk pula," kata Haqiem kepada mStar.

Kalau soal kahwin pula, saya rasa belum masa yang sesuai lagi.

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi lagu Adlina Marie itu berkongsi foto dia bersama kereta mewah miliknya di laman sosial dan kini dalam proses untuk mendapatkan lesen memandu.

Dalam pada itu, Haqiem memberitahu dia juga menyimpan hasrat untuk membeli sebuah rumah namun bukan dalam masa terdekat.

Manakala dalam soal berumah tangga pula, Haqiem mengakui dia akan memikirkan tentang perkara itu ketika usianya memasuki 28 tahun.

Haqiem belum bersedia memikirkan soal kahwin.

"Perancangan untuk membeli rumah memang ada tetapi mungkin bukan dalam masa tedekat. Kalau soal kahwin pula, saya rasa belum masa yang sesuai lagi.

"Mungkin kalau ada jodoh di usia 28 tahun... InsyaAllah," ujarnya.

Sementara itu, Haqiem turut tercalon dalam dua kategori iaitu Penyanyi Paling Popular dan Lagu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH33).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain