suria

Mahu tampil kelainan, Black Hanifah angkat dilema seorang duda dalam MV 'Sabar'

Black muncul dengan muzik video lagu Sabar.

MUNCUL dengan muzik video terbaharu lagu Sabar, penyanyi Black Hanifah membawa jalan cerita berbeza apabila tampil membawakan watak seorang lelaki berstatus duda.

Black atau nama sebenar Hanifah Md Hanafiah, 33, berkata, ia merupakan sesuatu perkara baharu daripada dirinya yang tidak pernah melalui perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Black, Tomok dan Shuib angkat ‘bendera putih’! - “Maaf sekiranya saya menyakiti hati kalian, harap hentikan komen tak baik”

"Sebenarnya kalau didengar dengan teliti lagu ini bukanlah untuk duda sahaja, boleh jadi macam-macam seperti pasangan bercinta, suami dan isteri atau ibu tunggal.



Black menampilkan pelakon baharu kanak-kanak.

"Tapi bagi muzik video ini saya sengaja mengangkat kisah seorang duda mempunyai anak bercinta dengan seorang wanita, namun malangnya kekasihnya itu tidak mahu menerima anaknya dalam hubungan mereka.

"Kisah ini berlaku dalam masyarakat dan saya ingin paparkan yang mana tidak salah seorang duda untuk berkahwin lagi tapi tak semua lalui pengalaman indah" ujarnya.

Kalau tanya pendapat saya, viewers itu penting untuk jana income di Youtube.

BLACK HANIFAH

PENYANYI

Video muzik (MV) tersebut telah dilancarkan di saluran YouTube pada Selasa dan kini sudah mencecah hampir 5,000 tontonan.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran muzik video itu, Black berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerana semua yang dirancang berjalan lancar.

"Sejujurnya tiada masalah pun sepanjang penggambaran muzik video ni. Pelakon wanita dan kanak-kanak membawakan watak mereka dengan baik.

"Walaupun saya tak pernah bawa watak sebegini tapi ia tidak mudah dan tidak juga susah," ujarnya.

Dalam pada itu, berkongsi pendapat tentang kepentingan sesebuah muzik video untuk mempromosikan lagu, Black berkata, sesebuah karya lagu itu perlu berkualiti terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Black tidak menolak jumlah tontonan YouTube memberi pendapatan kepada seseorang artis dan syarikat rakaman.



Black akui jumlah tontonan YouTube jana pendapatan artis.

"Kalau tanya pendapat saya, jumlah tontonan itu penting untuk pendapatan di Youtube, tetapi bagi saya kualiti lagu adalah segalanya.

"Jika tontonan tak banyak tetapi masih dipanggil kemana-mana untuk menyampaikan lagu tu, ia sudah memadai," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain