suria

Nazrief Nazri makin laris sejak kurus, diganggu lelaki ‘sangap’ berani hantar gambar kemaluan

Nazrief ingatkan peminat agar tidak bertindak keterlaluan.

PELAKON Nazrief Nazri sekali lagi menerima mesej berbaur lucah daripada peminat lelaki di laman Instagram.

Bukan sekadar mesej mahu berkenalan, Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 33, mendedahkan dia turut menerima kiriman gambar kemaluan lelaki berkenaan.

Kata Nazrief, tindakan tidak bermoral individu berkenaan boleh menjejaskan kerjayanya sebagai seorang konsultan kewangan.

nazrief 2

Mesej lucah yang diterima Nazrief.

"Susah juga bila dah kurus. Ramai pula yang bernafsu. Masa tembam tiada pula dapat mesej macam ini.

"Nak jual takaful tak aman sekarang," katanya.

Nazrief berkongsi perkara itu di Instastory miliknya pada Isnin berserta tangkap layar perbualan bersama lelaki berkenaan di aplikasi Whatsapp.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mesej nak cium ‘sesuatu’, Nazrief Nazri anggap ‘syaitan’ terlepas di bulan Ramadan - “Tak puasa ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri ganggu hidup Nazrief Nazri, tak tenang setiap hari telefon ajak buat hubungan songsang

Dipercayai individu tersebut berani menghantar mesej kepadanya selepas mendapat maklumat nombor telefon di media sosial milik aktor itu.

Menerusi perbualan itu, Nazrief cuba meminta gambar sebenar lelaki berkenaan namun individu tersebut enggan kerana bimbang akan menjadi tular.

"Kalau tahu takut viral kenapa kau mesej juga? Sangap tapi tahu pula takut," tegasnya.

nazrief 3

Ramai yang cuba mendekati Nazrief.

Berang dengan mesej keterlaluan itu, Nazrief sempat berkongsi nasihat agar ingat terhadap tuntutan agama serta balasan sekiranya meminati kaum sejenis.

Sebelum ini Nazrief pernah berkongsi perkara sama apabila seorang lelaki mahu berkenalan dengannya dan mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain