PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar, menepis dakwaan individu yang mendakwa dirinya terlalu kuat bekerja sehingga dipergunakan.
Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, 36, berkata tidak semua pengorbanan yang dilakukan perlu difahami oleh orang lain kerana dirinya lebih mengetahui apa yang terbaik buat keluarga.
Menurut Cik Piah, dia bekerja bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya demi kestabilan masa depan keluarga.

Feeya bekerja keras demi kesenangan anak-anak dan keluarga.
“Tak semua pengorbanan perlu difahami orang. Teruslah berkata-kata, saya tahu apa yang terbaik untuk keluarga saya.
“Penat saya hari ini adalah untuk mereka. Saya memang kejar duit, bukan kejar populariti. Alhamdulillah, boleh senyum tengok KWSP saya sepanjang hampir lapan tahun di Suria FM,” katanya.
Cik Piah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar dah ada ‘back up plan’, bisnes tudung jika tidak lagi bergelar penyampai radio
ARTIKEL BERKAITAN: Masih terkesan pemergian ibu mertua, Feeya Iskandar tetap komited demi drama Suami Raya
Dalam pada itu, Cik Piah turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang individu yang meluahkan pandangan kurang senang terhadap komitmennya sebagai penyampai radio di stesen Suria FM.
Individu tersebut berpendapat Cik Piah memberi komitmen berlebihan, termasuk perlu bekerja pada hujung minggu.
“Cik Piah (panggilan Feeya) ini nampak murahan sangat, hujung minggu pun kerja juga… Hambakan duit, bukan kata nak luangkan masa dengan keluarga?
“Saya tak nampak Cik Piah popular di Suria, tapi macam diperlekehkan. Nilai eksklusif Cik Piah diperbodohkan dan jadi murah.
“Teguran ikhlas daripada saya, suami dan anak-anak selalu ditinggalkan,” tulisnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


