suria

Pelakon senior beri pandangan sinis, Ammar Titan tidak ambil hati… “Mungkin dia nak uji saya”

Ammar ambil pengajaran atas situasi yang pernah dialami.

PELAKON dan pelawak Ammar Titan berkongsi pengalamannya berdepan situasi kurang senang apabila bertemu seorang aktres yang seolah-olah memperkecilkan bakatnya.

Enggan terlalu ambil pusing, Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 38, berkata kejadian itu dijadikan pengajaran untuknya lebih menghormati orang lain pada masa akan datang.

“Saya anggap dia mahu menguji saya. Mungkin juga dia ingin menyatakan industri lakonan ini bukan main-main. Nak masuk dalam industri perlu hati yang kuat.

Ammar mahu buktikan dia juga berbakat dalam lakonan. 

“Saya malas nak besarkan perkara ini dan mengambilnya dari sudut positif. Suatu masa nanti apabila ada pelakon baharu lain datang kepada saya, penerimaan saya akan berbeza,” katanya.

Menurut Ammar, kejadian itu berlaku ketika dia ternampak aktres berkenaan sebelum pergi menegur dan meluahkan hasrat untuk berlakon bersama.

Namun, respons yang diterima tidak seperti dijangka apabila pelakon berkenaan memberi pandangan sinis selepas ditegur.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kelangsungan hidup keluarga, Ammar Titan tukar kerjaya sebagai ejen insurans... “Saya hanya cari rezeki” 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan mula jauhkan diri sejak jadi ejen insurans, Ammar Titan anggap lumrah persahabatan

“Apabila ternampak seorang pelakon berpengalaman, saya yang merupakan orang baharu dan setahun jagung pergi menegur. Tetapi ketika itu saya betul-betul terlupa namanya.

“Mungkin nada dia berbeza atau penerimaan saya lain. Dia kata, ‘Betul ke? Berlakon kena dan tak boleh marah,’” ceritanya semula tentang situasi tersebut sambil membuat gaya seperti pelakon berkenaan.

Pertama kali berdepan situasi sebegitu, ia turut menjadi pendorong untuk Ammar terus memperbaiki mutu lakonannya.

Ammar tidak berkecil hati apabila ada yang tidak mengenalinya. 

Malah, dia juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk bergandingan dengan aktres terbabit.

“Kalau berlakon dengannya, saya akan ingat kata-kata dia. Itu menjadi pemangkin untuk saya membuktikan kemampuan dengan baik. Biar keluar dari mulut dia, ‘Baguslah awak,’” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain